Nah! Macam Ni La Cara Malaun Untuk Menaikan Harga Sesuatu Benda Di Malaysia
Naikkan cukai – MAHB
Oleh SARAH NADLIN ROHIM
bisnes.utusan@gmail.com
SEPANG 16 Feb. – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) meminta cukai lapangan terbang dinaikkan dalam masa terdekat kerana kadar sekarang merupakan antara yang terendah di rantau ini.
Untuk rekod kali terakhir cukai tersebut dinaikkan adalah pada tahun 2002.
Ketua Pegawai Kewangannya, Faizal Mansor (gambar) berkata, kenaikan itu perlu sejajar dengan perkembangan semasa dan bertujuan menjadikannya kompetitif di rantau ini.
‘‘Cukai lapangan terbang di Malaysia adalah terendah pada masa ini dengan hanya RM51 bagi penumpang antarabangsa di terminal utama, manakala RM25 bagi terminal tambang murah.
‘‘Kadar yang dikenakan pada masa ini adalah sangat rendah dan mempunyai ruang untuk dinaikkan,’’ katanya selepas mengumumkan prestasi kewangan MAHB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
Faizal berkata, kadar yang dikenakan oleh lapangan terbang lain adalah Changi, Singapura sebanyak hampir RM70, Indonesia sekitar RM90, Bangkok RM80 dan Hong Kong RM75.
Selain cukai itu, beliau berkata, kadar bayaran meletakkan pesawat dan mendarat juga tidak dinaikkan sejak 20 hingga 30 tahun lalu.
Ditanya tentang perancangan meluaskan perniagaan di luar negara, Faizal berkata, mereka menyasarkan akan memiliki dua pelaburan di lapangan terbang luar negara.
‘‘Kami dalam proses membida bagi mendapatkan kepentingan strategik dalam beberapa lapangan terbang terutama di Arab Saudi dan Timur Tengah. Tumpuan juga turut diberikan kepada rantau ASEAN.
‘‘MAHB dijangka mengumumkan perkembangan bidaan tersebut pada suku pertama pada tahun ini,’’ jelasnya.
Faizal menambah, MAHB sedang berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan premium dan tambang murah untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai pusatnya.
‘‘Setiap tahun kami mengunjurkan lima syarikat penerbangan asing beroperasi di KLIA. Pada masa ini, sebanyak 60 syarikat penerbangan telah menjadikan KLIA sebagai pusat mereka,’’ katanya.
Mengenai prestasi kewangan, MAHB telah mencatatkan penyusutan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak 7.3 peratus kepada RM445 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2010.
Manakala keuntungan operasi berada pada paras RM544.1 juta mewakili pertumbuhan sebanyak 10.7 peratus atau RM52.5 juta.
Mereka turut mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 10.7 peratus kepada RM1.812 bilion dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) adalah pada RM707.1 juta.
Faizal berkata, penyusutan keuntungan sebelum cukai adalah disebabkan pelaksanaan sistem laporan perakaunan FRS 139 menyebabkan kerugian tinggi dalam syarikat bersekutu mereka seperti Sabiha Gokcen International Airport Limited (SGIA).
MAHB menguasai 20 peratus kepentingan dalam SGIA yang memajukan, mengendali dan mengurus lapangan terbang di Istanbul, Turki.
‘‘Bagaimanapun, sejajar dengan pemulihan industri penerbangan global, MAHB telah merekodkan pertumbuhan penumpang dalam digit berganda iaitu 12.7 peratus, mengekalkan momentum kenaikan pada 2009.’’ kata beliau.
Dengan peningkatan bilangan penumpang, Faizal berkata, perolehan bagi segmen operasi lapangan terbang adalah sebanyak RM1.675 bilion dan perolehan segmen aeronautikal pula sebanyak RM868.7 juta.
Sementara itu, bagi segmen bukan aeronautikal pertumbuhan yang dicatatkan adalah 14.2 peratus kepada RM806.5 juta.
MAHB optimistik dengan prestasi keseluruhan pada tahun 2011 dan memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM300 juta hingga RM400 juta.

No comments
Post a Comment