Bengkel seminggu lahirkan penulis yang menulis
Oleh Dinsman
Apabila pihak CAP meminta Paksi mengadakan satu bengkel penulisan yang bertujuan untuk melahirkan penulis-penulis baru dari generasi yang nantinya boleh menyambung kerja-kerja yang kini dilakukan oleh orang-orang seperti Azizi Hj Abdullah, Shukur Harun, Razali Endun, Hishamuddin Rais, Kassim Muhamad dan Hasni Abas, kami menyambut baik permintaan itu dan segeralah kami merancangkan bengkelnya.
Saya sendiri menyambut cadangan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) itu sebagai satu cabaran kepada Seniman Paksi Rakyat (Paksi). Cabarannya ialah untuk berkongsi idea dan usaha bersama dengan kawan-kawan dalam Paksi dan CAP, bagi menjalankan satu bengkel yang kreatif, praktis dan berkesan, dan di akhirnya melahirkan penulis-penulis yang benar-benar menulis.
Maka saya mencadangkan bengkel itu dibuat selama seminggu, yakni tujuh hari, termasuk hari pendaftaran dan hari pulang, ertinya lima hari yang penuh solid, dan peserta-peserta tinggal di satu tempat, tidak pulang ke rumah masing-masing sebelum selesai bengkel.
Kawan-kawan beberapa orang agak terkejut, “Eh, lama sangat tu, nanti orang bosan,” kata mereka. Dan di kalangan yang berminat untuk mengikuti bengkel yang bakal diadakan itu pun bertanya, “Mengapa lama sangat?”
“Susah orang nak ambil cuti tu,” mereka memberi alasan. Dan ada yang bertanya, “Macamana kalau ada pelajar atau cikgu yang berminat? Mereka takkan boleh cuti?”
Saya pertahankan idea bengkel satu minggu itu. Tujuan kita untuk melahirkan penulis. Bengkel atau kursus penulisan satu-dua hari selalu dibuat, tetapi apakah hasilnya boleh melahirkan penulis? Tidak. Tak mungkin dengan satu-dua hari mendengar panduan dan petua-petua mengenai penulisan, orang boleh menjadi penulis.
Satu minggu pun tidak boleh menjamin dapat melahirkan penulis. Tetapi sekurang-kurangnya kemungkinannya lebih besar, dan kita mempunyai waktu yang lebih banyak untuk menyalurkan ilmu-ilmu dan petua-petua penulisan yang perlu kepada peserta bengkel.
“Cuba fikirkan,” saya berhujah, “selama satu minggu mereka duduk di satu tempat, setiap masa tiada lain di dalam fikiran mereka melainkan berfikir mengenai penulisan. Setiap hari siang-malam pagi-petang itu saja yang di dalam kepala mereka – menulis, menulis, menulis. Macamana nak menulis, mengapa nak menulis, macamana nak perbaiki tulisan supaya lebih berkualiti dan lebih berkesan, bagaimana nak dapatkan bahan-bahan untuk tulisan yang baik, dan sebagainya.
“Lima hari solid duduk berbincang mengenai penulisan yang baik, sambil membuat praktikal menulis seperti yang dimaksudkan, dan mendengar komen daripada pembimbing terhadap tulisan mereka. Dan bukan itu saja. Para pembimbing yang terdiri daripada penulis-penulis berpengalaman akan sentiasa berada di situ dan berinteraksi dengan mereka. Mereka sentiasa boleh bertanya dan berbincang dengan penulis berpengalaman, bukan sahaja di dalam kelas secara formal tetapi juga di luar kelas secara tidak formal.”
Itu konsepnya, dan itu pendekatannya. Pengisiannya adalah bergantung kepada siapa yang jadi pembimbing atau pengajarnya. Setiap pembimbing akan mencurahkan ilmu dalam bidang yang mereka mahir dan menjadi kepakaran mereka masing-masing. Kalau Azizi Hj Abdullah misalnya, penulis puluhan novel dan ratusan cerpen itu, bidang kepakarannya tentulah penulisan novel dan cerpen.
Bengkel ini telah ditetapkan tarikhnya, iaitu pada 13 – 19 Mei 2011. Tempatnya juga telah ditetapkan, iaitu di sebuah resort atau chalet di Yan, Kedah. Ia terbuka kepada siapa sahaja yang berminat, tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang berumur di bawah 40 tahun, dan pernah menulis.
Azizi Hj Abdullah adalah salah seorang pembimbingnya. Yang lain ialah Razali Endun, Hasni Abas, Kassim Muhamad, Dinsman, Azmi Ab Hamid dan Herry Nurdi (dari Indonesia). Presiden CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) S.M.Idris akan hadir untuk bercakap mengenai kepenggunaan dan CAP, manakala Timbalannya Mohideen Ab Kadir akan memberikan kuliah mengenai penulisan dan undang-undang.
Bengkel ini walaupun akan mencakupi penulisan kreatif dan deskriptif dalam semua genre penulisan, namun tumpuan istimewa akan diberikan kepada penulisan rencana atau esei pelbagai bidang. Manakala aspek bahasa sebagai aspek terpenting dalam kemahiran menulis, juga akan diberikan tumpuan yang lebih.
Hasni Abas, seorang editor yang berpengalaman luas di bidang penggunaan bahasa dalam penulisan, dijangka akan memenuhi keperluan ini. Beliau baru sahaja menamatkan perkhid-matannya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengalaman bahasanya selama bertahun-tahun dengan DBP itu diharap akan memberi manfaat dan kualiti kepada bengkel ini.
Sejak diumumkan dalam kolum ini beberapa keluaran lalu, ada beberapa orang telah menghubungi saya menyatakan minat untuk menyertainya. Sebahagiannya ada yang sudah berpengalaman, menjadi ahli persatuan penulis, ada blog sendiri, menulis kolum di dalam majalah, dan ada yang sudah punya buku antologi cerpen, di samping ada juga yang belum pernah menulis tetapi mempunyai alasan tertentu untuk menyertai bengkel.
Peserta yang diperlukan hanya 20 orang sahaja. Bukan kerana tempat penginapan yang terhad, tetapi sengaja dihadkan bilangannya supaya tumpuan dapat diberikan lebih kepada setiap peserta, dan supaya setiap peserta mendapat peluang yang luas untuk berinteraksi dengan pembimbing, yang sebahagiannya akan turut tinggal di situ bersama peserta.
Mereka yang berminat silalah hubungi kami. Tempat masih ada untuk beberapa orang lagi. Tetapi kalau anda sekadar suka-suka hendak bercuti sambil mendengar kuliah oleh penulis-penulis berpengalaman, tanpa tekad untuk menjadi penulis yang rajin menulis bagi mengisi ruang-ruang di akhbar dan majalah, janganlah hubungi kami. Dikhuatiri anda akan mengalami pengalaman yang tidak anda gemari dan akan sangat membosankan.
Bengkel ini berorientasi amali atau praktis, bukannya sekadar berteori dan bercakap-cakap sahaja. Matlamatnya pun untuk membantu mereka yang benar-benar ingin menulis, supaya boleh menulis. Itulah matlamat CAP, dan itulah juga matlamat Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi). Dan hendaknya itulah juga matlamat para pesertanya.
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 013-6362408)

No comments
Post a Comment