Radioaktif Iodin Meningkat 4,385 Kali Ganda Di Perairan Jepun
TOKYO 31 Mac – Pihak berkuasa Jepun berkata kadar radioaktif Iodin di perairan Jepun berhampiran loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi meningkat mendadak kepada 4,385 kali ganda meningkatkan kebimbangan terhadap krisis nuklear yang masih belum tiba ke penghujungnya.
Amaun radioaktif Iodin-131 yang diambil sampelnya pada Rabu pada jarak 330 meter dari loji nuklear tersebut mencatatkan peningkatan yang sebelum ini mencatat kadar 3,355 kali ganda daripada paras normal.
Manakala menurut PBB, zon evakuasi yang pada sekitar 20 kilometer radius kini mencadangkan perlu ditingkatkan kepada jarak 40 kilometer.
Semalam pihak syarikat melaporkan Presiden Tokyo Elektrik Masataka Shimizu dimasukkan ke hospital apabila dikatakan mengalami ‘keletihan dan stress’.
Sementara itu penangkapan ikan pada sekitar 20 kilometer dari loji nuklear tersebut dilarang.
Jepun berhadapan bencana berganda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lepas yang mencatatkan angka korban rasmi meningkat hampir 12,000 orang manakala hampir 20,000 dilaporkan hilang.

No comments
Post a Comment