MRT-Kerajaan Masih Tak Belajar Dari Kesilapan Lama?
Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.
Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat “Cover Story” tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.
Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”.
Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan ”kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza”. Kerajaan Najib, kalau tidak mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.
Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.
Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan ’guesstimate’, tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.
Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.
Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai “Domestic Direct Investment atau DDI”. Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.
Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%.
Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tariff yang tinggi, subsidi dan juga ’pampasan’ andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air.
Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta. Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memilikki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus.
Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen. Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa.
Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan ”sovereign bond” untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan.
Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.
Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini.
Dengan sistem ”Light Rail Transit” dulunya milik swasta – Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita.
Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu ’bailout’ yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.
Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun!
Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu ’blueprint’ bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang. Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama.
Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan 7 pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.
Kaedah terbaru ”Rakan Penyampai Projek” yakni ”Projek Delivery Partner”atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini. Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau ’Project Management Consultant’ dan juga selaku ’Turnkey Contractor’nya. Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka.
Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa. Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.
Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah ”Swiss Challenge” – satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek ’Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?
Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya.
Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang ’cost overrun’ atau ’kos lebihan’ satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP. Mudah dan yakin sangat bunyinya.
Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa ’cost overrun’ dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP?
Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas ’kos berlebihan’ membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau ’bailout’ oleh wang rakyat mengulangi tabi’at lama hampir semua projek mega kerajaan BN.
Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.
Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama – ’prequalification round’ dibuat bagi mengenalpasti syrarikat-syarikat yang membida secara terbuka.
Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.
Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi ’boss’ yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD.
Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya ’connectivity’ dalam semua sistem darat itu?
Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu ’blueprint’ untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini.
Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di www.transitmy.org.
Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, ’rakyat-centric’sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang ’integrated’ dan punya ’interconnectivity’ seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien.
Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Bukan begitu ke?
Dr Dzulkefly Ahmad.

No comments
Post a Comment