Ceramah di lokasi persendirian, polis tak ikut keputusan mahkamah
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal keengganan polis mematuhi keputusan mahkamah sebelum ini yang memutuskan ceramah politik di kawasan persendirian, tidak menyalahi undang-undang.
“Polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu, Tampin,” katanya Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pada satu kenyataan media, hari ini.
Mahkamah Majistret Jelebu pada Julai 2001 memutuskan Mohamad Sabu ketika itu Ahli Parlimen Kuala Kedah, tidak bersalah kerana mengadakan ceramah tanpa permit di Markaz Pas Jelebu.
Beliau mengulas beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terbaru di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu di kawasan persendirian yang berakhir dengan kekecohan berikutan campur tangan polis.
Idris berkata, polis bertindak secara bertentangan dengan undang-undang kerana mereka dengan angkuh masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.
“Setakat ini, jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat jika tiada gangguan polis, akan berakhir dengan aman. Semua maklum jika perhimpunan diganggu polis, maka akan berakhir dengan kekecohan,” katanya.
Beliau kesal terhadap sikap double standard polis yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat – tabiat lama yang berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif.
“PAS ingin mengingatkan polis, bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Idris mengingatkan polis betapa rakyat tertanya-tanya mengapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat tetapi tidak mengambil tindakan tegas dalam isu tayangan video seks palsu.
“Polis sebaliknya tidak pula serbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011. Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.
“Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam,” katanya.

No comments
Post a Comment