UMNO lemas kerana RTC & Umi?
Apabila PRU 13 hampir tiba, rakyat disogokkan dengan isu-isu sensasi yang tidak ada kena mengena langsung dengan kehidupan rakyat sehari harian, Isu liwat, Video lucah, Akta hasutan, pendedehan isu peribadi dan yang remeh temeh terus dijaja oleh Media massa yang pro UMNO/BN.
Isu sebenar yang berkait rapat dengan rakyat tidak cuba diusahakan oleh pemuja-pemuja pemimpin Kerajaan BN untuk diketenagahkan, seperti isu kenaikan harga makanan seharian, seperti beras, minyak masak, gandum dan gula, begitu juga keperitan rakyat yang pendapatan kais pagi makan pagi yang terpaksa membayar denda saman ekor ratusan ringgit.
Para isteri-isteri, kerani, pemandu teksi, guru-guru dan kakitangan awam biasa terus merunggut apabila pulang dari pasar setelah membeli barang keperluan harian, yang mana dulu satu bangkul penuh tidak sampai rm500 belanja tapi kini harga rm500 itu hanya separuh bakul saja barang yang dapat.
Keperitan ini tidak dirasai oleh Menteri atau pun Ketua Bahagian UMNO, tidak dirasai oleh bloggers yang berdamping rapat dengan pemimpin UMNO tapi teramat perit dirasa oleh ahli-ahli UMNO biasa yang berada dikampung-kampung yang kerja sendiri, jual sayur, jual kopi, tanam padi berpawah dan bergatih teksi. Kehidupan mereka sekarang sudah dihimpit penderitaan. Betul mereka tidak termasuk dalam golongan miskin tegar tapi keupayaan mereka untuk meredah kemelut kemiskinan sudah amat terasa.
Macam-maca slogan telah dihebohkan oleh kerajaan untuk memberi peluang perniagaan kepada golongan yang berpendapatan rendah, Kini sebuah agensi kerajaan iaitu SME Corp. telah war-warkan bahawa ada rancanagan untuk memberi peluang kepada satu keluarga satu usahawan. Tajuk projek itu pun telah mengelirukan, apatah lagi dalam perlaksanaanya. Betulkah SME itu boleh tolong peniaga terutamanya peniaga melayu bumiputra semuanya, atau hanya tolong dikalangan mereka yang jadi kenalan rapat saja.
Mujur negara ini ada parti pembangkang, dapatlah bersuara bagi menegur kerajaan supaya lebih berlaku adil kepada rakyat walaupun semua teguran yang dihebahkan oleh parti pembangkang kepada rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan tapi sekurang-kurangnya rakyat tahu akan kecacatan yang berlaku dalam kerajaaan.
Tun Daim Zainuddin orang yang terkaya dan berpengaruh pun mahu supaya di negara kita ini ada parti pembangkang supaya boleh 'check and balance' dan supaya rakyat dapat maklumat yang tepat apa yang sedang berlaku dalam kerajaan, seperti pemimpin rasuah dan menyalah guna kuasa yang mana sekarang ini sedang berlaku.
Apabila rakyat terbanyak tahu dan sedar bahawa kerajaan hari ini terdedah dengan rasuah dan salahguna kuasa, maka rakyat boleh buat pertimbangan apabila sampai masanya kuasa rakyat yang menjadi penentu parti mana yang harus diberi tanggongjawab untuk memerintah negara.
Pilihanraya kecil yang telah berlangsung sebanyak 16 kali lalu itu dimana 8 kali berpihak kepada kepada Pakatan Rakyat (PR) dan 8 kali berpihak kepada BN tidak boleh dijadikan ukuran sebagai model kekuatan sesautu parti, Itu disebabkan rakyat tidak memilih sebagai wadah perjuangan yang total tapi menjurus kepada malu mata dan tak mahu disalah anggap.
PRU 13 nanti lain jadinya, Kemunculan Umi Halfida, Rahim Tamby Chik (RTC) dan beberapa orang politik yang secara terang menyerang Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim telah memberi kematangan kepada rakyat untuk menilai bagi membuat keputusan muktamad dalam memberi undi nanti. Mampukah BN mempertahankan kerajaan atau PUTRAJAYA akan bertukar tangan.
http://newkk.blogspot.com/2011/03/umno-lemas-kerana-rtc-umi.html

No comments
Post a Comment