Gerakan, MIC, MCA liabiliti buat Umno dan BN!

Oleh Roslan SMS

Isu video hangat yang didedahkan oleh trio Datuk bermasalah terus hangat diperkatakan. Entah kemana kesudahannya belum pasti. Yang pasti Sarawak akan menghadapi pilihanraya umum negerinya bulan hadapan dan masing-masing parti khasnya BN dan Pakatan Rakyat sedang mengembeling kekuatan jentera masing-masing untuk bertarung di Bumi Kenyalang itu.


Seperti biasa media arus perdana tanpa jemu terus memain peranan memomokkan apa sahaja berkenaan PR dan menjulang serta memuji-muja BN. PR berpecah, DAP tak sekata dengan PKR, SNAP dan PKR bertelingkah, begitulah bahan utama mereka dengan harapan PR tidak bertapak di Sarawak kali ini.

Dalam diam-diam barangkali angkara kehangatan video di atas, kekacauan dalam rumah tangga BN sendiri disapu ke bawah tikar.

Nazri Aziz, Menteri dan pemimpin Umno yang ringan mulut itu rupanya sedang mencetuskan kontroversi sehingga menggugat rumah tangga BN yang sedia renggang sejak malapetaka PRU ke 12 lalu.

Kata Nazri, dalam satu temuramah khas buat Nanyang Siang Pau:

MIC – tidak patut diberikan peluang bertanding lagi di Perak. Akibat kekalahan parti India itu di 6 kerusi DUN Perak, BN hilang kuasa di negeri berkenaan. Oleh itu katanya jika PM Najib mahukan Cuma calon yang berupaya menang, maka semua kerusi MIC Perak itu perlu diserah kembali pada Umno

MCA – menurut terjemahan akhbar berbahasa Inggeris: “.........aggrieved women and a wife who complains all day long that she was being abused but yet does not want to divorce her husband” (Seorang wanita yang bermasalah dans eorang isteri yang saban hari mengadu yang ia didera suaminya namun tidak mahu menuntut cerai). Dalam erti kata lain MCA terlalu celupar mulutnya mengkritik Umno dan BN, sepatutnya ia keluar sahaja dari BN!

Gerakan – hanya ada kekuatan di peringkat Pusat tetapi tiada kekuatan akar umbi. Maksudnya setelah tewas dalam PRU ke 12 khasnya di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, Gerakan sudah pupus meninggalkan cuma pemimpinnya diperingkat Pusat.

Sebagai seorang menteri kanan dan ahli Majlis Tertinggi Umno sudah pastilah apa yang dibayangkan oleh Nazri itu mencerminkan isi perut dan sentimen jika tidak semua barangkali sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Umno sendiri.

Ternyata Umno memandang rakan-rakannya terutama MCA, MIC dan Gerakan sebagai liabiliti besar buat BN pasac PRU ke 12. Sebelum ini pun sudah kedengaran yang kalangan Umno mahu mencadangkan satu strategi meletakkan Umno lebih dominan dalam menghadapi PRU ke 13 nanti lantaran tegarnya sokongan masyarakat bukan Melayu khasnya orang-orang Cina terhadap PR.

Maka berantakkanlah sesame BN, dengan MCA kononnya mahu mengadu keceluparan Nazri itu dalam mesyuarat tertinggi BN dalam waktu terdekat.

Sesungguhnya MCA perlu sedar bahawa luahan hati Nazri itu bukan pandangan peribadinya tetapi juga pandangan sebahagian besar orang-orang Umno. Umno melihat dirinya besar setelah memenangi beberapa pilihanraya kecil yang lalu. Keupayaannya bertahan dalam PRU ke 12 walaupun kalah sebahagian besar kerusi di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang (kalah pun kerana kelemahan MCA, MIC dan Gerakan, bukan Umno) menunjukkan konon-kononnya ialah “big brother” yang boleh menyelamatkan BN.

MCA, MIC dan Gerakan cukup sekadar dilantik menjadi ahli dewan Negara apabila BN menang melalui kekuatan yang didominasi Umno nanti.

Hina sungguh kedudukan ketiga-tiga komponan BN itu pada mata Umno.

Mungkin sudah tiba masanya MCA, MIC dan Gerakan, jika bukan pemimpin terkanan mereka, saki baki ahli-ahlinya menimbang semula kedudukan mereka dalam BN. Tinggalkan sahaja rakan kongsi yang tidak menghargai peranan anda itu dan menyeberang masuk bersama PKR, DAP dan PAS beramai-ramai dalam PR yang lebih harmonis dari sudut hubungan dan peranan masing-masing.

Sementara itu Umno jangan berbesar kepala sangat seolah mereka mewakili senitmen masyarakat Melayu/Islam. PAS insyallah sedang bekerja memenangi hati pengundi Melayu secara senyap-senyap. Kurang bercakap tetapi lebih berjuang dan member khidmat yang bermakna dan dihargai orang-orang Melayu dari berpesta janji kosong yang hanya memudaratkan agama dan bangsa pada jangka panjang.

Terima kasih Nazri kerana berterus terang, kekal lah Umno sebagai parti ultra rasis sehingga ditelan masa.

No comments

Powered by Blogger.