Tahniah Datuk lompat...........

Kalau dahulu mereka yang menerima anugerah dan bintang kebesaran terdiri dari tokoh-tokoh dan individu yang telah berjasa dan berkhidmat kepada negeri dan Negara dengan cemerlang. Tokoh-tokoh pemimpin politik dan masyarakat, pahlawan dan perwira, professional dan dermawan.

Apabila tokoh dan individu ini naik menerima bintang dan mendapat publisiti, masyarakat berbangga dan bersyukur yang jasa mereka itu diberi pengiktirafan oleh negeri dan Negara.

Memanglah tiada pertikaian pun selama ini akan tokoh dan individu yang dipilih oleh istana dan kerajaan negeri atau Pusat. Walaupun ada yang tidak berpuas hati kerana tidak diberi ruang mencalonkan nama, atau nama yang dicalonkan tidak naik, namun tidak pernah ketidakpuasan hati itu menjelma menjadi satu protes dan konflik besar.

Kita perhatikan termasuk yang terbaru sudah dua insiden dimana ketokohan atau jasa individu yang dipilih membuka kepada ruang dan gelanggang pertikaian. Barangkali tuan punya badan pun dalam hati kecilnya mempertikaikan juga akan kelayakannya.

Di Perak sebelum ini kita lihat seorang wakil rakyat yang terlibat melompat parti sehingga jatuhnya kerajaan negeri pilihan rakyat dianugerahkan “Datuk” oleh istana. Memanglah itu hak istana tetapi rakyat akan pertikai apaklah jasa tokoh itu selain terlibat menjatuhkan sebuah kerajaan!

Terbaru di Pahang, seorang wakil rakyat dari Kedah pula yang vocal menyokong PKR dan Pakatan rakyat malah menang atas tiket PKR di Kedah tiba-tiba bertindak melompat parti dan memaki hamun kawan-kawan yang mengangkat dan menjulangnya satu ketika dahulu. Hari ini beliau pun bergelar “Datuk” juga. Tak tahulah apa jasanya kepada istana atau kerajaan negeri Pahang tetapi buat rakyat kebanyakan khasnya pengundi Kulim Bandar Bharu beliau adalah wakil yang telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh parti kepadanya.

Syabas Datuk-datuk...........lompat!

http://n32.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.