Kenyataan MP Bakri: Penghantaran Memorandum kepada Perdana Menteri Dihalang

Pada 26 March 2011, Perdana Menteri telah melawat ke Muar sempena lawatan bersiri ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat.

Er telah mengambil kesempatan ini untuk menghantar satu memorandum kepada PM sempena lawatannya ke bandar Muar. Dalam memorandum tersebut, beliau telah mengungkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Muar. Er berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat sempena lawatan PM ke Muar.

Namum begitu, pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM. Er telah ditarik dan diberikan amaran oleh pengawal peribadinya supaya tidak menghampiri PM dan menyatakan kepadanya memorandum tersebut boleh diserahkan kepada PM melalui mereka. Walaupun dihalang, Er berkeras untuk menghantar memorandum tersebut kepada PM secara peribadi dan beredar dari situ setelah PM membaca memorandumnya.

Er amat sangsi dengan tujuan PM yang mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat hal ini demikian kerana Er sebagai wakil rakyat kawasan Bakri telah mewakili penduduk setempat untuk mengemukakan masalah penduduk kepada PM namum kedatangannya telah dihalang oleh pengawal peribadi PM. Sekiranya Er yang merupakan seorang wakil rakyat telah mendapatkan sambutan sebegini apatah lagi rakyat biasa yang cuba untuk menyampaikan masalah mereka kepada PM?

Pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM dan menyatakan penyerahan memorandum tersebut boleh dilakukan melalui mereka. Tindakan sebegini telah berlawan dengan tujuan asal lawatan bersiri PM ke seluruh negara iaitu mendekati rakyat dan mendengar masalah rakyat. Kebiasaanya masalah rakyat akan disampaikan oleh pegawai tempatan termasuk wakil rakyat kepada PM dan PM akan melawat kawasan tersebut untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sekiranya masalah tersebut telah diserahkan melalui pihak ketiga tanpa sebarang penerangan dan penjelasan lanjut, adakah PM akan memahami masalah rakyat? sedangkan pihak ketiga tersebut bukan berasal dari kawasan tersebut. Sekiranya tindakan pengawal tersebut adalah sah, mengapa PM harus melawat ke seluruh negara? PM hanya perlu menempatkan mereka di seluruha negara dan masalah rakyat hanya perlu diserahkan kepada mereka dan mereka akan menyerahkanya kepada PM.

Berikut adalah kandungan memorandum tersebut:




No comments

Powered by Blogger.