‘Datuk T’ suspek utama, bukan saksi, tegas Wanita KEADILAN
SHAH ALAM: Wanita KEADILAN menegaskan trio ‘Datuk T’, yang mendalangi tayangan seks palsu di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu, adalah suspek utama yang perlu disiasat dan bukan saksi, kata Timbalan Ketua Wanita Pusat KEADILAN, Rodziah Ismail.
Menurutnya, beliau mengulangi gesaan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa penayangan video seumpama itu adalah jelas bertentangan peruntukan undang-undang sedia ada kerana kesalahan memiliki, menyebar dan menayangkan filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.
“Berikutan sidang video lucah mereka (trio ‘Datuk T’), mereka sepatutnya disabitkan dengan kesalahan undang-undang tersebut,” ujarnya.
Beliau seterusnya mendesak pihak berkuasa menahan trio tersebut, yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah.
“Justeru, Wanita KEADILAN menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menangkap ketiga mereka di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya sambil mengingatkan pihak polis supaya bersikap profesional dan tak menyebelahi Umno Barisan Nasional (BN) dalam isu itu.
“PDRM harus tidak menyebelahi mana-mana parti politik, bersikap profesional dan adil terhadap rakyat.
“Ingatlah, rakyat sedang melihat dan menilai integriti dan kecekapan polis dalam menangani isu ini,” tegasnya.
Sementara itu, Rodziah mengajak rakyat supaya bersama menolak politik kotor dan jijik yang dimainkan Umno-BN.
“Ia (rakaman video) adalah dangkal, malah membuktikan bahawa UMNO terlibat secara terang-terangan berusaha mengheret rakyat ke dalam permainan politik kotor Umno BN,” ujarnya.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Pedana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyebut bahawa Akta Perlindungan Saksi dan Pemberi Maklumat boleh digunakan untuk melindungi individu berkenaan, sebelum menarik semula kenyataan tersebut.

No comments
Post a Comment