KEADILAN lancar tabung pilihan raya, RM820,000 disumbang
Demi perjuangan untuk rakyat, wang ringgit sedia dikorbankan bila-bila masa.
KUALA LUMPUR: KEADILAN hari ini melancarkan kutipan dana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13.
“Kita tak mampu gunakan pendapatan sendiri, tetapi kita cuba jumpa rakyat yang kuat sentimen untuk membantu parti, yang benci perkembangan politik, kezaliman, dan kegilaan yang ada sekarang ini,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian pelancaran itu di Hotel De Palma, Ampang di sini, petang ini. Hadir sama, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Biarpun baru dilancarkan, atas semangat jitu terhadap pejuangan rakyat marahen, sejumlah RM802,000 berjaya dikumpulkan setakat ini.
Terdahulu, Wan Azizah berkata tabung dana itu bertujuan untuk berkongsi susah senang perjuangan menentang pemerintah zalim.
“Kita memohon supaya perjuangan ini dibiayai bersama kerana tiap-tiap kita mempunyai ‘sense of belonging‘, bahawa inilah perjuangan bersama, iaitu menghadapi cengkaman Umno Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk kuasa begitu lama,” katanya.
Dalam pada itu, Bendahari KEADILAN, William Leong berkata, kutipan itu bertujuan untuk membayar pelbagai penyediaan material seperti program ceramah dan sebagainya.
“Untuk membayar bot, petrol, percetakan untuk sebaran kepada rakyat, melawat rumah ke rumah dan ia kemungkinan memakan jutaan ringgit,” katanya.
Program kutipan dana ini akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 yang kemungkinan akan berlaku bila-bila masa.
Untuk membuat sumbangan, semua maklumat ada di laman ini.

No comments
Post a Comment