Media dan Tuduhan Salah Laku Seks Pembesar
A Kadir Jasin
KITA ada pembahas baru yang menggunakan nama pena “OOD”. Dalam dua komennya bagi rencana bertajuk “Cabaran Pilihan Raya Negeri Sarawak”, beliau antara lain menulis:
“Mohon kalau Datuk boleh buat apa-apa, saya rimas membaca tentang perihal seks ahli politik kita. Siapa mereka tiduri, cara mana mereka lakukannya, saya rasa masyarakat dah muak membaca. Sesiapa pun, nak tidur dengan lelaki ke, perempuan ke, atau apa makhluk sekali pun, kita dah letih mendengarnya. Dan media pula, dalam menggambarkan perlakuan tersebut, begitu grafik begitu detail! lebih baik disiarkan saja di tv!
“Sebagai rakyat, Datuk, saya mahu lihat 'action' dan mahu mendengar laporan status kemajuan negara. Saya hadir ke mesyuarat JPPN yang dipengerusikan KSN semalam. begitu banyak isu besar dalam negara yang perlu ditangani, namun kita galak menonton video itu dan ini.”
Beliau menambah: “ Suratkhabar sekarang, ceritanya tak ada lain, kisah kematian dan kemalangan atau kisah asmara ahli politik! Masa saya kecil, kerana cemburukan Hadafi, saya juga membaca suratkabar seawal usia 4 tahun. Bagus baca nsuratkhabar, dengar berita tv pon bagus, kata aruah abah.
”Saya kini terpaksa haramkan suratkhabar dari anak-anak sebab kandungannya 18SG dan 18SX!”
Reaksi dan jawapan saya adalah seperti berikut:
1. Tugas asas media massa ada tiga iaitu memaklumkan, mendidik dan menghibur (to inform, to educate and to entertain);
2. Majoriti produk media massa hari ini adalah perniagaan. Mereka berlumba-lumba mendapatkan pembaca, penonton dan pendengar untuk mencari keuntungan. Mereka terpaksa hidangkan apa yang paling digemari khalayak. Audiens di Malaysia, khasnya orang Melayu, gemar kepada politik karut-marut, berita seks dan jenayah, hiburan murahan dan sukan;
3. Mengenai pembesar (pemimpin?) yang jelas tidak bermoral atau yang disyaki peribadinya, kita ada dua pilihan. Kita tidak memilihnya dalam pilihan raya atau kita boleh terus memilihnya. Itu hak kita dan itulah demokrasi pada dasarnya. Ia bukan sesuatu yang unggul dan terjamin. Pilihan raya tidak semestinya melahirkan kepemimpinan unggul;
4. Dalam ketidaksempurnaan sistem dan manusia itu, pendekatan terbaik adalah memilih pembesar (pemimpin) yang mungkin tidak terlalu keji budi dan akhlaknya, tetapi boleh memerintah dengan baik. Dalam erti kata yang lain, kita mengutamakan pencapaian daripada perwatakan;
5. Mengenai cara memilih media dan menggunakannya, saya hanya boleh beri panduan berdasarkan pengalaman saya. Allahyarham ayah saya menggalakkan saya membaca bahan-bahan yang memberi maklumat dan ilmu. Sebagai bapa, saya tidak menggalakkan (malah mengharamkan) anak-anak saya ketika mereka dalam jagaan saya menonton drama dan program “reality TV” yang karut-marut. Saya galakkan mereka menonton saluran maklumat dan pendidikan. Saya berkecuali mengenai sukan. Hukum yang sama saya gunakan dalam pembacaan akhbar, majalah dan buku;
6. Kita kena akui juga bahawa laporan media massa adalah cerminan masyarakat. Kalau pembesar dan artis suka berkhalwat, orang kaya atau janda mereka suka berebut harta di mahkamah dan artis cantik molek menuntut cerai di mahkamah syariah, bolehkah kita menyalahkan media massa melaporkannya?;
7. Mengenai perbicaraan atau tuduhan ahli politik terbabit dengan seks haram, saya rasa masyarakat wajib dimaklumkan. Pembesar, khasnya ahli politik yang dipilih rakyat, wajib didedahkan kepada pemeriksaan dan penelitian umum;
8. Laporan media mengenai kes seks mungkin berbunyi lucah kerana penggunaan istilah dan ungkapan yang seksual dan sensual. Tetapi dalam perbicaraan, pembuktian perlu jelas dan terperinci. Maka terbitlah istilah dan ungkapan yang seksual dan sensual itu. Media massa pula berhak mengulanginya kerana perbicaraan mahkamah tergulung sebagai “qualified privilege” iaitu keistimewaan bersyarat di mana media terlindung daripada tindakan undang-undang kalau melaporkan dengan telus dan tepat.
Kesimpulannya, dalam era ledakan maklumat dan teknologi telekomunikasi ini, bimbingan ibu bapa (parental guidance/PG) sangat penting dan mendesak. Ibu bapa yang tidak celek ICT, kurang berilmu atau yang sambil lewa mungkin tidak dapat melaksanakan tugas PG dengan sempurna. Wallahualam.

1 comment
Media utama negara Malaysia sudah tidak selamat untuk anak-anak kita memahirkan lagi gaya penulisan..Sebab itu kerajaan Malaysia beiya-iya mengadakan pendidikkan sek semenjak di SK lagi..Sbb selepas ini anak bapak bebas menonton video sek dimana-mana spt mana menonton wresling di kedai-kedai kopi...
Post a Comment