Ceroboh dan serang ceramah, Azmin saman Hishammuddin, polis
SHAH ALAM: Mohamed Azmin Ali pada sidang Dewan Negeri (DUN) Selangor, hari ini menyatakan beliau akan menyaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan polis Ampang.
Beliau merujuk tindakan polis dalam insiden ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ pada 25 Mac lalu, yang menyaksikan kekecohan berlaku sejurus campur tangan polis.
“Surat saman tersebut akan dikendalikan oleh peguam saya yang akan dihantar secepat mungkin kepada pihak berkuasa itu,” kata Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa).
Selain Hishammuddin, turut disaman ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin kerana menceroboh, intimidasi dan serangan terhadap ceramah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak.
Saman dibuat berikutan polis bertindak secara mala fide (jahat), menyalahi undang dan tanpa sebab munasabah menyerbu, mengganggu dan menamatkan ceramah berkenaan hingga Azmin ditolak dan jatuh berikutan kekerasan yang digunakan polis.
Polis juga dituntut meminta maaf dan menyerahkan nama 50 anggota dan pegawai polis yang terlibat serta berjanji tidak mengulangi perbuatan itu, dalam tempoh 48 jam.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden KEADILAN itu turut mempersoalkan sama ada polis akan mengambil tindakan sama terhadap Majlis Makan Malam bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Pandan pada 29 Mac ini.
“Kedua-dua majlis di Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ampang itu adalah satu perhimpunan, maka tindakan ke atas kedua-dua majlis ini mestilah sama.
“Jika polis sendiri mengamal sikap ‘double-standard’, maka agak susah bagi rakyat untuk menghormati mereka,” katanya.

No comments
Post a Comment