Apabila Kaki Betina Bercakap Soal Moral Dan Akhlak

‘Siapa’ Soi Lek, Rahim Thamby Chik untuk cakap soal moral

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak layak bercakap soal integriti dan moral, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Beliau merujuk kenyataan The Star memetik seruan Soi Lek supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti tak bersalah dalam kes video seks palsu.

“Seluruh rakyat Malaysia mual apabila politikus yang mempunyai rekod tak bermoral yang diketahui umum, berbicara mengenai moral dan integriti.

“Kalau benar mereka ini nak bersyarah pasal moral, mereka perlu tunjuk teladan yang baik kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu menyelar Soi Lek kerana menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

“Kenyataan Soi Lek jelas mahu meletakkan beban bukti kepada Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik,” katanya.

Beliau berkata, situasi Anwar jauh berbeza dengan Soi Lek yang mengakui melakukan hubungan seks di luar perkahwinan manakala Rahim Thamby Chik dituduh di mahakamah atas dakwaan merogol gadis bawah umur.

“Mereka tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moral mereka sangat memualkan.

“Bila yang tak bermoral ini bersyarah, jelaslah bukti mereka ini terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar, yang tak habis-habis di fitnah Umno BN,” katanya.

Tian juga mengulangi desakan supaya Soi Lek dan Rahim Thamby Chik meletak semua jawatan dalam kerajaan.

“Soi Lek patut bersara terus sebagai tanda insaf. Rahim Thamby Chik juga harus meletak semua jawatan dalam kerajaan terutama sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dalam kes rogol gadis bawah umur yang masih kekal dalam ingatan rakyat,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.