Calon Pilihan Raya Sarawak, Pakatan umum dalam masa terdekat
KUCHING: Nama calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diumumkan bersama pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti tersebut dalam masa terdekat, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Baru Bian.
“Kita akan tunggu Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang (Penasihat Kebangsaan DAP) dan Haji Hadi (Presiden Pas) untuk umumkan calon-calon ini bersama-sama,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Bandaraya Kuching hari ini.
Sementara itu, Baru turut memaklumkan, rundingan bersama Parti Kebangsaan Sarawak, (SNAP) sangat memberansangkan dan dijangka diselesaikan dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Ya, perkembangannya baik dan ia akan dimaklumkan sebelum hujung minggu,” ujar beliau.
Kenyataan Baru itu sekaligus menepis laporan sebuah portal berita baru-baru ini yang mendakwa perbicangan antara Pakatan Rakyat dan SNAP dalam isu pembahagian kerusi itu, menemui kegagalan.
Menurut Baru, bagi pembahagian kerusi melibatkan calon-calon KEADILAN pula, ia sudah diselesaikan oleh pimpinan tertinggi.
Ditanya mengenai manifesto pilihan raya, Baru menjelaskan, secara asasnya Pakatan Rakyat akan membangkitkan perkara asas yg masih belum diselesaikan oleh Barisan Nasional di negeri itu.
“Isu kemiskinan, pembalakan haram dan tanah adat menjadi fokus kita,” tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak, Ahmad Nazib menuntut Sruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyediakan tempat mengundi khas kepada pengundi Sarawak yang berada di Semenanjung.
“Ramai mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Singapura. Begitu juga dengan anak2 mahasiswa Sarawak di semenanjung.
“Untuk balik ke Sarawak memerlukan masa dan kos yang tinggi. Tambahan pula kebanyakan mahasiswa baru sahaja balik ke kampus masing2 pada tempoh itu.
“Mereka terpaksa kembali semula ke Sarawak sekiranya mahu mengundi.Justeru, penyediaan tempat2 mengundi berpusat dengan pemantauan khusus akan memudahkan mereka” ujar Nazib.

No comments
Post a Comment