Operasi kesan alat pengintipan di pejabat MB

SHAH ALAM, 29 Mac – Kerajaan Selangor melantik sebuah firma perunding keselamatan untuk mengesan alat perakam rahsia di pejabat menteri besar bagi menghalang kegiatan pengintipan dilakukan di premis berkenaan.

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, firma Akhbar Associates itu akan menjalankan operasi itu secara rawak ke atas pejabat berkenaan.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah pejabat anggota exco kerajaan negeri yang juga terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, katanya.

Operasi itu dijalankan bagi mengesan alat perakam, kamera video dan alat-alat pengintipan, katanya ketika menjawab satu soalan daripada Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) dalam sidang DUN negeri itu hari ini.

Dalam pada itu, Khalid turut menjelaskan bahawa siasatan masih berjalan ekoran penemuan sebuah kamera perakam video di pejabatnya Ogos lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati bekalan kuasa bagi kamera tersebut telah dibeli dari sebuah kedai di Subang manakala kamera itu sendiri dikeluarkan di Kulim High-Tech Park oleh sebuah syarikat tempatan.

No comments

Powered by Blogger.