Anwar mampu hadapi cabaran fitnah – Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu berdepan segala cabaran politik termasuk fitnah dahsyat yang dilemparkan musuh politik suaminya itu.

“Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia (Anwar) mampu. Boleh. Sudah terlalu banyak dugaan dilaluinya itu.

“Anwar boleh jadi Perdana Menteri yang bagus. Saya yakin itu!” kata Azizah dalam yang pernah menjawat Ketua Pembangkang Wanita yang pertama di Malaysia, dalam wawancara bersama Sinar Harian, hari ini.

Azizah yang terlibat secara langsung dalam dunia politik selepas pemecatan Anwar berkali-kali menegaskan, beliau sama sekali tidak pernah menyesal dengan pengalaman yang dilaluinya sehingga kini.

“Alhamdulillah, sehingga kini keyakinan kami pada Anwar tidak pernah luntur. Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan.

Azizah berkata, beliau bersama enam anak, tiga cucu serta menantu dan keluarganya yang lain lebih mengenali siapa lelaki yang bernama Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selama mendirikan rumah tangga bersama Ketua Umum KEADILAN itu 30 tahun, beliau sedikitpun tidak pernah menyesal.

“Jika dulu selepas Anwar dipecat, keluar masuk mahkamah, macam-macam berita di akhbar, ada juga mereka bertanya ‘kenapa orang buat papa macam tu’. Tapi sekarang mereka sudah matang.

“Mereka lebih kenal siapa Anwar. Mereka lebih tahu siapa lelaki yang selalu mengimamkan solat kami setiap kali berjemaah di rumah.

“Alhamdulillah, sehingga kini keyakinan kami pada Anwar tidak pernah luntur. Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan.

Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukan kebenaran dan saya tidak pernah membenarkan rasa sesal singgah di dada,” kata Azizah.

Azizah turut memberitahu bahawa kehidupan mereka sekeluarga aman seketika selepas Anwar keluar dari penjara. Namun mula mendapat gangguan sebaik suaminya itu mengumumkan mahu aktif kembali dalam dunia politik.

No comments

Powered by Blogger.