Zambry Perli Najib Dan Rosmah?
MB: Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.
Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.
Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.
Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.
Pertengahan tahun lalu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengadakan Pertandingan Senam Seni 1Malaysia termasuk aktiviti senaman yang dipopularkan dari negara luar seperti poco-poco.

No comments
Post a Comment