Panas! Blogger upahan Umno sorok fakta waktu twitter Anwar – Rafizi
KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia, media perdana serta penulis blog pro-Umno sengaja menyembunyikan beberapa fakta berkenaan rekod masa Twitter Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demikian dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Menurutnya, penipuan pertama adalah apabila mereka menyatakan Anwar hilang di antara jam 9.20 malam sehingga jam 11.40 malam seperti yang tertera pada catatan masa di laman Twitter Anwar.
Menurut Rafizi, satu faktor yang tidak diambil kira mereka yang melemparkan tuduhan itu adalah faktor Daylight Savings Time (DST).
Negara yang menggunakan DST akan menambah satu jam kepada masa standard mereka sementara negara yang tidak mengguna pakai DST akan awal sejam masa standard mereka berbanding negara yang menggunakan DST.
“Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di lama Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger UMNO mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran.
“Saya jangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu,” kata Rafizi.
Mengambil kira DST, masa di laman Twitter sebenarnya sejam lebih cepat daripada masa tempatan di Malaysia. Oleh itu paparan jarak masa 9.20 malam sehingga ke jam 11.40 malam Twitter Anwar sebenarnya bermakna jam 8.20 malam sehingga jam 10.40 malam waktu tempatan, kata Rafizi.
Mereka berterusan menipu tentang rekod masa Twitter Anwar pada 21 Februari 2011, hari yang didakwa rakaman video aksi seks palsu yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu berlaku. Rakaman video seks itu dilaporkan berlaku antara jam 10.20 malam sehingga 10.41 malam.
Media perdana, serta blogger pro-Umno juga menyembunyikan fakta bahawa waktu di laman Facebook adalah waktu yang ditetapkan menurut waktu komputer pengguna Facebook, kata Rafizi.
“Mereka yang arif mengenai teknologi maklumat tahu bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan di mana pengguna Facebook berada.
“Sebaliknya, laman Twitter merujuk kepada masa di dalam pelayannya (server) yang berada di San Francisco, Amerika Syarikat,” kata Rafizi.

No comments
Post a Comment