Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Isu : Pasar Lama MPKB
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
Berhubung dengan isu Bazar Tok Guru dan perpindahan para peniaga yang sedang menjalankan aktiviti perniagaan di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda pada masa ke Bazar Tok Guru, sukalah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencadangkan beberapa cadangan seperti berikut :
1. Agar pihak kerajaan negeri dapat mengambil alih semula Pasar Lama MPKB daripada Sensa Timur Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik sekarang.
2. Memohon agar pihak kerajaan dapat membaik pulih Pasar Lama MPKB agar lebih selesa untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan menjamin keselesaan para pengunjung.
3. Menyokong sepenuhnya cadangan pihak kerajaan negeri untuk membuat pengambil alihan semula tanah yang merupakan tapak Arked Uda pada hari ini daripada UDA Holdings Sdn. Bhd. dan membina satu arked baru untuk digunakan oleh peniaga yang sedia ada pada hari ini.
Rasional daripada ketiga-tiga cadangan tersebut di atas adalah demi kebaikan para peniaga kecil di mana DPPNK berpandangan perpindahan ke Bazar Tok Guru telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menampakkan seolah-olah kebajikan para peniaga tidak diutamakan oleh kerajaan negeri. Justeru, pelaksanaan cadangan ini menurut pandangan DPPNK akan lebih merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk muncul sebagai negeri berkebajikan yang mengutamakan kebajikan rakyat termasuklah para peniaga kecil.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).
Bertarikh : 27 Mac 2011.

No comments
Post a Comment