Video fitnah bukti Umno amal politik durjana
KUALA LUMPUR: Fitnah menggunakan video seks palsu adalah politik durjana dan ia melanggar Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia yang menetapkan tiada mana-mana individu boleh diserang maruah dan reputasinya.
Tindakan Umno mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memfitnah beliau melalui video fitnah dan palsu bertentangan dengan Hak Asasi Manusia.
Ini kerana, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha, Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia menetapkan tiada individu boleh diserang maruah dan reputasinya termasuk Anwar.
Oleh itu, pihaknya mengecam keras tindakan itu dan yakin taktik jahat seumpanya pasti gagal.
“Politik durjana pemimpin Umno yang memperbodohkan rakyat dan meneruskan agenda pembohongan mereka tidak akan berhasil.
“Rakyat sudah celik mata dan sudah jelak dengan kebobrokan pemimpin-pemimpin yang pembohong, korup, penjenayah dan perasuah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Haniza turut menyifatkan fitnah itu sengaja diadakan menjelang Pilihan raya Sarawak yang bakal diadakan bulan depan.

No comments
Post a Comment