AMK beri amaran, BN jangan buli mahasiswa
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran kepada Umno-Barisan Nasional supaya tidak berterusan membuli mahasiswa, dengan memperalat bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak berkuasa termasuk polis.
Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata demikian merujuk tindakan yang mahu dikenakan ke atas mahasiswa yang didapati terlibat dalam perhimpunan sambutan Hari Pekerja semalam.
“Dalam isu ugutan membuang mahasiswa yang terlibat dengan Himpunan Hari Pekerja membuktikan bahawa kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak serius menyelesaikan isu pengangguran Graduan dan Graduan kerja tidak ikut taraf pendidikan yang membelenggu mahasiswa.
“Budaya buli ini adalah budaya kerajaan kuku besi yang hanya menggunakan kuasa untuk mencengkam kuasa anak muda dan mahasiswa. Mahasiswa merupakan anak muda yang mempunyai intelek dan sumber daya harus diberi ruang untuk bersuara dan menggilap daya kepimpinan mereka,” tegas beliau.
Sebelum ini, seorang aktivis Universiti Malaya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi Mohd Zaini diberi amaran supaya tidak menyertai himpunan hari pekerja 1 Mei atau berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu.
Menurut laman web gerakan mahasiswa terbabit, amaran itu dikeluarkan Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.
Semalam, 18 ditahan, termasuk anggota parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar Devaraj dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara, yang turut disertai kumpulan pelajar.
Menurut Saifullah, pelbagai insiden dan ugutan yang diterima mahasiswa sejak pilihan raya kampus yang lalu sangat menyedihkan termasuk mahasiswa yang dibuang kolej kediaman di Universiti Malaya dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
“Pihak Angkatan Muda Keadilan Malaysia, ingin memberi amaran keras kepada pihak berkuasa UMNO-Barisan Nasional, jika meneruskan budaya pembuli seperti ini akan menyemarakkan lagi kebangkitan anak muda,” tegas beliau.

No comments
Post a Comment