Analisis: PRU 13 sengit, Muhyiddin kritik Najib?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan menjangka Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menyaksikan persaingan paling sengit bakal dilalui Barisan Nasional.

Pilihan raya umum akan datang akan menjadi yang pertama dilalui Perdana Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang mengambil alih kepimpinan kerajaan dan BN pada April 2009.

Najib mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas kekalahan besar dan kegagalan mengekalkan majoriti dua pertiga untuk BN di Parlimen.

Tekanan terhadap pemerintah meningkat selepas pilihan raya pada Mac 2008 dan kerajaan BN berdepan risiko kehilangan kerajaan pusat ekoran tekanan pakatan pembangkang melalui satu rancangan lompat parti.

Najib dilihat bakal diukur berdasarkan hal yang sama, iaitu memenangi kembali majoriti dua pertiga di Parlimen untuk BN, dan bakal berdepan tekanan sekiranya gagal.

“Kita kena tanya selepas (Pilihan Raya Umum ke-13) masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan,” Muhyiddin dilaporkan berkata.

Selain untuk mengejutkan Umno dan mendesak parti itu supaya lebih bersedia, kenyataan itu juga mempunyai sisi yang ditujukan kepada Najib.

Sesetengah pihak berpendapat sekiranya gagal mencapai kemenangan dua pertiga, Najib turut akan dipersalahkan, termasuk berhubung gagasan 1 Malaysia yang dinilai sebagai bermasalah kepada orang Melayu.

Muhyiddin pernah dilihat kritikal terhadap gagasan 1 Malaysia dan merupakan pemimpin yang banyak bercakap isu Melayu, ketika isu tersebut semakin tidak popular ekoran kemunculan gagasan 1 Malaysia.

Muhyiddin menerima sokongan kumpulan lebih cenderung menangani isu Melayu dengan lebih agresif dalam Umno.

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/05/pru-13-sengit-muhyiddin-kritik-najib.html

1 comment

AlloysusThivy said...

BN bukan shj dianggap hilang 2/3 majoriti tetapi lebih menakutkan adalah ianya berpotensi hilang majoriti untuk membentuk kerajaan. Ini adalah kerana popuraliti calon bukan melayu BN diseluruh negara merosot. Dgn daftar pengundi baru di jangka mencecah 2 million sebelum PRU13 yg kebanyakanya pengundi muda dimana golongan ini lebih dikatakan berpihak kepada PR.Dengan undi melayu dijangka berpecah dua dan 80% undi bukan melayu berpihak kpd PR...berikut adalah ramalan PRU13,
KERUSI PARLIMEN: BN dilihat hanya akan menang antara 100-110 kerusi maksima daripada 222 kerusi ditandingi.Antaranya banyak kehilangan kerusi parlimen di negeri neger seperti Johor,Pahang,Sabah & Serawak. Kemungkinan besar BN perlu membeli Wakil dari PR untuk membentuk Kerajaan. Penyalesaian yg terlalu rumit untuk kekal memerintah. Seterusnya BN juga akan hilang kuasa pentadbiran di Melaka,Negeri Sembilan,Perak dan Pahang hampir 50%.Di Pahang situasiyna 50-50 dimana ianya mempunyai 42 kerusi DUN.Antarayna MInimum 21 akan dirampas oleh PR. Namun BN dapat merampas semula kuasa di Kedah. BN juga dijangka akan hilang majoriti 2/3 ni negeri Johor,Sabah,Perlis dan Kedah. Terenganu akan bertukar menjadi satu satunya negeri kubu kuat BN. Rumusan akhir,BN akan mentadbir di Perlis,Kedah,Sabah,Serawak,Johor,Pahang dan Terengganu.Dimana PR pula akan berkuasa di Pulau Pinang,Perak,Selangor,Kelantan,Negeri Sembilan,Melaka dan Wilayah Persekutuan.
Soalan sama ada BN akan kekal mentadbir negara? kemungkinan besarnya tidak.

Powered by Blogger.