Anwar Ibrahim Tetap Penasihat Ekonomi Selangor

KAJANG 6 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap kekal sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dan tidak ada sebarang cadangan untuk menukar beliau.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan tunduk terhadap desakan untuk mengugurkan Anwar daripada jawatannya kerana beliau melakukan tugas sebagai penasihat ekonomi dengan baik.

Abdul Khalid berkata demikian mengulas desakan Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin yang meminta Anwar digugur sebagai Penasihat Ekonomi Selangor seperti yang tersiar di sebuah akhbar.

“Jadi seorang professional yang boleh memberi nilai tambah, kita ukur dengan cara nilai tambahan. Jadi saya juga berpendapat perkara video seks ini yang sebenarnya sebahagian besarnya ialah spekulasi. Jadi oleh sebab itu kita tidak boleh mengambil keputusan berasaskan kepada spekulasi jadi itu sangat penting. Jadi saya rasa saranan Gaps itu hanya merendahkan tahap reputasi Gaps.”

Menurut Abdul Khalid kes video seks yang dikatakan membabitkan Anwar hanya bersifat spekulasi dan ia tidak menjejaskan kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Khas Mesra Rakyat peringkat Daerah Hulu Langat di sini.

Gaps mengemukakan 15 dalil bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks berkenaan termasuk keengganan Anwar melakukan sumpah mubahalah.

Beberapa mufti sebelum ini mengecam tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mewakili gandingan Datuk T melakukan sumpah laknat kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

Malah Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria menjelaskan Anwar tidak perlu melakukan sumpah mubahalah kerana Islam menetapkan empat saksi untuk membuktikan suatu pertuduhan zina.

No comments

Powered by Blogger.