Anwar perlu segera sahut cabaran - Zaid
JERANTUT 22 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menyahut cabaran pihak tertentu berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya.
Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika polis belum mendedahkan siapa pelakunya walaupun mendapat pengesahan ketulenan video tersebut dari luar negara, ketua pembangkang itu perlu tampil menyahut cabaran tersebut.
“Namun dia (Anwar) masih menafikan segala pendedahan berkenaan serta menganggap itu perbuatan konspirasi untuk menjatuhkan maruah dan parti yang diketuainya.
“Sekarang ini, video tersebut tersebar dan rakyat sudah tahu menyebabkan mereka sentiasa tertanya bila lagi pihak berkenaan mendedahkan pelakunya,” katanya kepada pemberita selepas majlis sesi pengenalan parti KITA, di Kampung Batu Balai, dekat sini semalam. - Utusan

No comments
Post a Comment