Awang Adek Ajak Rakyat Bersama Kerajaan Dalam Isu Mengurangkan Subsidi?

Rakyat diminta bersama kerajaan kurangkan subsidi


BACHOK 20 Mei - Rakyat haruslah bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan jumlah subsidi yang semakin meningkat dari RM10.3 bilion tahun lepas kepada RM20.58 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Katanya, kerajaan akan mengkaji secara terperinci agar sebarang keputusan bagi mengurangkan subsidi tidak membebankan rakyat golongan miskin.

"Kajian itu akan dibuat secara menyeluruh yang membabitkan bahan bakar, tepung, gula dan bahan makanan asas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Telong di sini, hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan rakyat terutama di luar bandar terhadap kemungkinan kenaikan harga barangan berikutan langkah mengkaji semula pemberian subsidi termasuk bagi petroleum RON95. - Bernama

bodoh betul la awe adek ni.

makhluk macam ni nak jadi mb kelantan?

orang macam ni macam mana la najib boleh lantik jadi menteri? macam dah pupus orang yang bijak pandai dalam bab ekonomi dalam malaysia ni.

kalau awe adek masih bercita-cita nak jadi mb kelantan, pergi jalan la dengan angan-angan mat jenin.

sekarang kuat betul geng umno laknat dok mempergunakan institusi pendidikan di kelantan dalam agenda politik. ramai dah guru-guru dok melhirkan rasa tidak puas hati mereka kepada puak pimpinan umno ni. guru-guru di kelantan akan menolak umno dalam pru 13 nanti, percaya lah!

1 comment

azman kamarul said...

mentaliti pemimpin umno....lansung tidak memikirkan kesusahan rakyat dengan kenaikan harga barangan dan minyak mutakhir ini...masih terus mahu memperbodohkan rakyat demi mempertahankan kuasa mereka.

Powered by Blogger.