Bersama menentang loji nadir bumi Lynas – Fuziah Salleh
KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyeru ibu-ibu di seluruh Malaysia agar bersama mengajak keluarga mereka menentang loji nadir bumi Lynas.
Loji nadir bumi Lynas kini ditangguhkan buat sementara waktu sementara menunggu pembentukan panel bebas yang akan mengkaji sejauh mana loji itu akan membahayakan kesihatan penduduk.
“Saya merayu kepada anda untuk bersama dalam protes terhadap Lynas ini. Lynas dan kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap salahlaku mereka dan mencari cara untuk membetulkannya.
“Buat semua ibu, termasuklah saya sendiri, kita kena bertanya kepada diri kita; bolehkah anak-anak kita memiliki hidup yang panjang dan membahagiakan jika hidup mereka terdedah kepada sisa radioaktif?” tanya Fuziah.
Menurutnya, tiada sesiapa, baik ibu mahu pun anak harus terdedah kepada bahaya yang sebegitu rupa.
“Kerana itu, kita perlu bersama-sama menentang loji nadir bumi Lynas ini,” kata Fuziah.
Fuziah, yang juga merupakan Timbalan Presiden KEADILAN dan juga ibu dan nenek kepada lima orang cucu membuat seruan tersebut dalam perutusan sempena Hari Ibu hari ini.
“Saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu dan semua bakal ibu.”
“Setiap dari kita mempunyai ibu yang membawa kita ke dunia ini dan kita perlu mengambil masa untuk berhenti seketika dan menghayati nikmat yang dimiliki ini,” kata Fuziah.
Selain daripada membesarkan anak-anak, kaum ibu juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak mereka menghargai alam sekitar dan menjadi warganegara yang baik.
“Ia masih belum terlambat untuk meula mendidik anak-anak kita tentang tanggungjawab sivik mereka, demokrasi dan tata kelola yang baik. Jika mereka percaya sesuatu perkara itu salah, mereka perlu didik untuk mencabar perkara itu dan memperbaikinya,” kata Fuziah.

No comments
Post a Comment