Hishamuddin Dan Rais, Bebal Dan Bodoh!

DAP Selangor: Umno guna Utusan hasut Muslim benci Kristian

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet pentadbiran Najib, DAP Selangor percaya laporan Utusan Malaysia semalam berniat jahat dan mahu menimbulkan rasa kebencian umat Islam terhadap penganut Kristian.

Sambil menyifatkan laporan akhbar milik Umno itu sebagai fitnah, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan beberapa blogger yang mendedahkan laporan palsu itu.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Laporan muka hadapan dengan tajuk “Kristian agama rasmi?” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro Umno.

“Saya merasa amat kesal terhadap reaksi Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana menerima laporan palsu Utusan Malaysia yang bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” tanpa menyoal dan mengesahkan kesahihan laporan tersebut terlebih dahulu.

“Laporan tersebut berfitnah bahawa DAP dan para penganut agama Kristian berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

“Laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan berpandukan fitnah dua orang blogger pro-Umno yang mempunyai niat jahat mengapi-apikan perasaan takut, benci dan syak wasangka, terutamanya di kalangan penganut agama Islam terhadap penganut agama Kristian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, sepatutnya Hishammuddin dan Rais mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan bukan bersikap seolah-olah lepas tangan dalam perkara itu.

Selain itu, Kok juga kesal dengan tindakan kedua-dua menteri itu yang bersikap berat sebelah dalam menangani polemik terbaru itu.

“Lebih mengecewakan lagi, Hishammuddin dan Rais tidak mengutuk akhbar Utusan Malaysia atau cuba mententeramkan keadaan hening ini, tetapi sebaliknya mengeluarkan amaran kepada orang awam agar jangan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Tindakan tersebut menunjukkan bahawa mereka jelas berat sebelah terhadap Utusan Malaysia dan menyokong laporan mereka tanpa sebarang siasatan,” kata Exco Kerajaan Selangor ini.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab kononnya menyokong konsep 1Malaysia, Hishammuddin dan Rais sepatutnya seharusnya (dengan) serta-merta mengarahkan polis untuk menyiasat Utusan Malaysia serta blogger di bawah Akta Hasutan sejak dahulu lagi kerana Utusan Malaysia sudah berkali-kali menerbitkan laporan berita dan komentari yang menggugat keharmonian etnik dan agama di Malaysia,” kata beliau.

Semalam Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Tambah Kok, langkah Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut dilihat mahu menghasut rakyat terutamanya orang Melayu agar terus menyokong Umno.

“Saya percaya Umno menggunakan akhbar Utusan Malaysia sebagai senjata untuk menghasut orang Melayu demi mengukuhkan kedudukan Umno di mata orang Melayu.

“Perbuatan ini amat keji dan berbahaya kerana Malaysia merupakan negara majmuk,” katanya sambil menambah, “saya menggesa Hishammuddin dan Rais agar menunjukkan keikhlasan mereka terhadap konsep 1 Malaysia dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Utusan Malaysia.”

2 comments

otaistillkick said...

Dah kerje blog pro UMNO dan UMNO ni suka provokasi dan menipu ...

azman kamarul said...

Dua-dua tu memang lembu.

Powered by Blogger.