Jambatan Bengkok: Shazryl Eskay kalah kes tuntut RM20 juta
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan “komisen” bagi mendapatkan projek “Jambatan Bengkok”, 13 tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang “Datuk T” dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut.
Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.
Sementara Hakim Datuk V.T. Singham bersetuju bahawa Shazryl Eskay seharusnya dibayar RM20 juta kerana membantu mendapatkan projek jambatan yang menghubungkan Johor dan Singapura, sebagaimana dipersetujui dalam surat antara beliau dan defendan, ahli perniagaan tersebut juga tertakluk kepada klausa bahawa bayaran itu dipulangkan jika projek terbatal.
Awalnya, Singham berkata para defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa kontrak dan cara ia diperoleh “mencatatkan dasar awam” sebagaimana dikatakan dalam hujah bertulis.
Hakim juga berkata sementara kontrak itu diperoleh menggunakan cara tidak teratur, tiada bukti bahawa Shazryl Eskay telah menggunakan pengaruh atau cuba merasuah pegawai-pegawai kerajaan dalam proses.
Singham juga berkata mahkamah hanya boleh memutuskan bersandarkan fakta-fakta secukupnya dan tidak akan terikat dengan soal menduga atau membenarkan prejudis peribadi dalam menentukan keputusannya.
“Mahkamah ini juga tidak bertindak sebagai badan membuat keputusan untuk menarik persepsi awam tetapi hanya akan bertindak sebagai badan kehakiman, yang fungsinya ialah mentafsir dan bukannya membuat undang-undang,” kata beliau.
Bagaimanapun Singham menekankan bahawa tidak ragu-ragu kontrak-kontrak yang besar sepertinya seharusnya dikurniakan menerusi tender terbuka dan bukannya menerusi aturan peribadi atau menggunakan pengaruh menter-menteri dan pemimpin-pemimpin politik bagi manfaat peribadi.
Yahya berada di mahkamah ketika hakim membacakan keputusannya tetapi Shazryl Eskay tidak hadir atas sebab-sebab tidak boleh dielakkan.
Mengikut laporan media sebelum ini, bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu Shazryl memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai “Jambatan Bengkok” 13 tahun lalu.
Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah Mac lalu bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl Eskay pada 1998.
Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Idea pembinaan jambatan itu digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

No comments
Post a Comment