Masjid bukan tempat luah rasa marah, kata Jamil Khir
SEPANG, 6 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.
Tegas Jamil Khir, ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di masjid.
“Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbau politik, sama jugalah kan,” katanya mengulas mengenai Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara hari ini, yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara.
Perhimpunan itu juga diadakan untuk mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang melakukan sumpah laknat pada Jumaat lalu berhubung rakaman video seks yang pelakunya dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.
Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu tersebut tidak sewajarnya dibebankan kepada agensi itu, tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan.
“Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguat kuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian.
“Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah.
“Saya rasa jika hendak diserahkan kepada JAWI, ini tanggapan yang salah,” katanya.
Perhimpunan itu diadakan solat Jumaat tadi.
Himpunan atau Hari Amarah Rakyat Malaysia, menurut penganjurnya, diadakan bagi melahirkan pendirian berhubung isu video seks sejak dua bulan lalu dan dilihat akan menjadi titik permulaan bagi umat Islam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, yang didakwa tidak diendahkan oleh pihak-pihak yang berkuasa.
Semalam, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan yang diadakan di pekarangan Masjid Negara akan menjadi medan bagi rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
“Selama ini pihak-pihak tertentu tidak ambil tahu tentang suara rakyat. Jadi dengan adanya Hari Amarah Rakyat ini, sekurang-kurangnya ia dapat menarik perhatian pihak terbabit,” kata beliau.

No comments
Post a Comment