MB: UMNO-BN tak mampu ambil alih Selangor

SHAH ALAM. 7 Mei – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin usaha UMNO-Barisan Nasional untuk kembali merampas Selangor tidak akan menjadi kenyataan kerana rakyat negeri ini telah melihat sumbangan dan kerja cemerlang yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam tiga tahun mentadbir.

Katanya, jika UMNO-Barisan Nasional berhasrat merampas kembali Selangor, ia harus melakukan perkara yang lebih baik daripada apa yang telah dilaku Pakatan Rakyat dalam hanya tiga tahun mentadbir Selangor.

“ Dari segi keinginan untuk memenangi Selangor ini itu adalah suatu lumrah politik . Politik ialah terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan. Dan pada Mac 2008 rakyat telah membuat pilihan mengenai siapakah yang sepattnya member memerintah atau mentabbir negeri Selangor. Jawapannya kumpulan daripada Pakatan Rakyat. Jadi kalau Najib dan Barisan nasional ingin untuk mengambil balik negeri Selangor terpulanglah kepada merekauntuk membeitahu kepada rakyat apakah yang mereka boleh lakukan selain daripada yang telah mereka tunjukkan 50 tahun yang dulu dan dalam masa tiga tahun kita telah buktikan kita telah mentadbir Selangor jauh lebih baik daripada pentadbiran yang dibuat oleh Barisan Nasional , “ katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Siri Jelajah Belia Selangor `Anak Muda Meneraju Perubahan’ di kediaman rasmi Menteri besar di Shah Alam hari ini.

Beliau yakin dengan pelbagai aktiviti yang dijalan kerajaan Pakatan Rakyat bagi manfaat rakyat negeri, UMNO-Barisan Nasional akan sukar untuk kembali menarik minat pengundi dan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam pertemuan dengan UMNO Selangor baru-baru ini meminta UMNO mengguna apa juga ‘senjata’ untuk merampas balik Selangor.

Najib juga Pengerusi UMNO Selangor juga berkata UMNO-BN perlu merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. .

“Jadi kalau tujuannya untuk mengambil alih Selangor kerana nak menutup kesalahan-kesalahan 50 tahun ini bukan tujuan untuk rakyat tetapi tujuan untuk kewududan parti yang tidak dapat berjasa kepada rakyat walaupun kesempatan yang lama telah diberikan kepada mereka,” kata Abdul Khalid.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah menyatakan bahawa pilihan raya negeri tidak akan diadakan serentak dengan pilihan raya umum jika ia diadakan lebih awal daripada tempoh lima tahun.

No comments

Powered by Blogger.