Perkasa Jangan Angkuh Sangat!

Sokong Utusan: Perkasa, Umno beri amaran ‘langkah mayat kami’

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Perkasa dan Umno menggesa agar orang Melayu mempertahankan Utusan Malaysia dengan apa cara sekalipun sambil mendakwa akhbar itu kekal satu-satunya suara tulen masyarakat itu di negara ini.

Kedua-dua kumpulan itu menyerang parti-parti Pakatan Rakyat yang menggambarkan Utusan sebagai akhbar rasis.

Menurut Perkasa dan Umno, akhbar milik Umno itu menyediakan laporan yang seimbang berbanding akhbar-akhbar milik pembangkang dan portal berita.

“Utusan Malaysia adalah suara rasmi orang Melayu, selagi Utusan hidup, selagi itulah orang Melayu hidup.

“Perkasa akan mempertahankan Utusan Malaysia sehingga ke akhir,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.

Syed Hassan memberi amaran kepada bukan Melayu dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sambil berkata, pertubuhan itu tidak akan teragak-agak untuk memobilisasikan ahlinya untuk mengadakan protes bagi mempertahankan akhbar tersebut.

Kira-kira 150 ahli Perkasa dan Umno berarak ke arah ibu pejabat Utusan untuk menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut.

“Utusan berani, ia bercakap yang benar mengenai orang Melayu, kami memberi amaran kepada mereka yang menyerang Utusan, langkah mayat kami dulu. Kami tidak akan benarkan ia berlaku,” teriak seorang ahli Perkasa ketika perarakan itu.

Turut hadir bekas ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifa dan Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdaus Megat Junid.

No comments

Powered by Blogger.