Pimpinan Pakatan bincang PRU 13 pertengahan Mei

KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pertengahan bulan Mei ini untuk membincangkan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Demikian dinyatakan Naib Presdien KEADILAN, Tian Chua pada laman Twitter beliau.

“Mesyuarat tertutup pimpinan Pakatan Rakyat untuk membincangkan (persediaan) PRU 13 pertengahan Mei ini,” kata Tian Chua.

Menurutnya lagi, satu konvensyen ekonomi melibatkan negeri-negeri Pakatan juga akan diadakan pada 12-13 Jun 2011 ini.

No comments

Powered by Blogger.