Polis Temui Rangka Mayat Manusia Di Hutan Puncak Alam
KUALA SELANGOR, 6 Mei – Polis menemui satu rangka manusia di kawasan hutan lereng bukit di kilometer 38, Jalan Puncak Alam-Kuala Selangor di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad berkata rangka itu ditemui oleh seorang pekerja penyelenggara pagar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sedang melakukan tugas rutinnya pada kira-kira pukul 11 pagi.
Beliau berkata selepas diperiksa, polis menemui serpihan rangka manusia yang berselerak di kawasan seluas kira-kira 6.1 meter di sekitar lereng bukit kawasan hutan itu, dan menurutnya ia dipercayai rangka seseorang yang meninggal dunia sejak sebulan lepas.
“Kami jumpai rangka manusia yang terlerai seperti tengkorak, gumpalan rambut, rahang, dan tulang pinggul di sekitar kawasan itu selepas membuat pemeriksaan, turut ditemui seluar jerut berwarna kelabu dipercayai milik mangsa di bawah sebuah pokok sekitar kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini.
Mohd Taib berkata setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, dan menurutnya rangka itu akan dihantar ke Hospital Tanjong Karang dekat sini untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata polis juga akan menyemak rekod laporan orang hilang selain meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, tinjauan di lokasi turut mendapati anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut melakukan pemeriksaan di tempa tkejadian.

No comments
Post a Comment