PRU-13: Umno adakan pilihan raya olok-olok Julai
KUALA LUMPUR, 9 Mei – Umno akan mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pertengahan Julai ini.
Proses itu akan melibatkan semua peringkat jentera parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, langkah itu diambil bagi melancarkan persiapan parti menjelang pilihan raya umum ke-13.
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Umno Selangor membuat persiapan menghadapi pilihan raya.
Desas-desus menyebut pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan ataupun awal Oktober.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum Ramadan ini.
Bagaimanapun menurut Tengku Adnan, simulasi tersebut hanya melibatkan jentera Umno.
“BN akan dibuat secara berasingan dan akan diputuskan dalam mesyuarat BN akan datang,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Mengenai komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar BN tidak menggadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini, Tengku Adnan berkata pandangan bekas presiden Umno itu akan diambil kira.
“Dalam Majlis Tertinggi Umno yang lepas pun kita ada bincang mengenai isu ini, kita serahkann kepada Perdana Menteri untuk buat keputusan,” katanya.

No comments
Post a Comment