Saya pertahan tol tidak naik sehingga dipecat 98, kata Anwar

AMPANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mempertahankan supaya kadar tol di negara ini tidak dinaikkan sehingga lah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.

Menurutnya, kenaikan tol pada Oktober tahun yang sama bukan kebetulan kerana semasa di kementerian kewangan, Menteri Pengangkutan ketika itu mendesak beliau menaikkan harga tol atas alasan kos selian lebuhraya yang semakin tinggi

“Saya tanya adakah kamu wakil konsesi tol atau wakil rakyat?” kata Anwar semasa berucap di Forum bertajuk Pengangkutan Awam di Lembah Klang: Penambahbaikan Dan Cabaran hari ini.

Forum tersebut diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

Anwar berkata, beliau turut meminta pandangan Perbendaharaan Negara adakah perlu tol dinaikan.

“Perbendaharaan jawab, tidak perlu dan harga tol kekal sehinggalah saya di pecat pada 2 September 1998 dan sebulan kemudian, harga tol naik,” katanya.

Anwar menjadi Menteri Kewangan Malaysia sejak 1990 hingga 1998 dan merupakan Timbalan Perdana Menteri sejak 1993 hingga 1998.

Semasa memimpin kementerian kewangan, Anwar berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak lapan peratus setahun selama lapan tahun berturut-turut.

No comments

Powered by Blogger.