Mencari alternatif di sebalik kemelut yang ada – Oleh Muhammad Zir
5 JULAI – Kita semakin sibuk berbicara, berfikir dan berdiskusi dengan penuh minat dan tumpuan tentang Bersih 2.0. Tidak dinafikan, senario ini seolah-olah telah menjadikan ia sebagai satu komoditi jualan yang hangat dan paling laris.
Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan bahawa demokrasi sosial telah berjaya mempromosikan konsepnya sebagai wadah yang paling baik antara yang dikatakan baik buat seluruh warga Malaysia.
Sebelum ini kita tidak terfikir barang seminit bahawa perubahan politik akan berlaku seperti pada pilihan raya umum 2008 atau sebelum itu, Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2004 (setelah berakhirnya rejim Tun Dr Mahathir Mohamad) hinggalah kepada inti pati perjuangan PAS yang mengorak langkah memperluaskan konsep Negara Islamnya kepada Negara Berkebajikan yang tetap berteraskan Islam.
Kesemua ini adalah buah tangan dari konsep demokrasi sosial yang telah digarap cermat oleh semua pihak yang ikhlas untuk melakukan perubahan. Mereka tidak perlu namakannya demokrasi social atau apa-apa ideology. Yang terpampang adalah amalannya.
Mereka yang cermat, sedar dan ikhlas ini bukan hanya datang dari sebelah pihak saja, sebaliknya ada juga sumbangannya dari pihak lain termasuk kerajaan UMNO-Barisan Nasional sendiri.
Mengapa begitu? Kerana UMNO-BN telah menolak amalan demokrasi – pilihan raya kotor, kuasa-kuasa kerajaan disalahgunakan. Kerana UMNO-BN menolak bantuan dan kebajikan sosial dengan mengutamakan kroni politik dan kroni korporat – rakyat dikebelakangkan.
Dengan itu, UMNO-BN memaksa rakyat mencari alternatif. Satu dari yang popular adalah demokrasi sosial. Yang baik itu tetap ada di kalangan segelintir dari mereka. Itu kita tidak boleh menafikannya.
Secara sedar atau tidak, konsep demokrasi sosial ini telah mula dipraktikkan sedikit demi sedikit.
Apakah yang dikatakan demokrasi sosial itu?
Dalam bahasa yang paling mudah untuk kita fahamai adalah – solidariti, kebebasan dan keadilan.
Solidariti ini jika kita memahami dalam konteks budaya orang Melayu adalah nilai atau rasa kebersamaan, persaudaraan dalam sifat saling bantu-membantu. Malah budaya kaum-kaum lain juga berkongsi amalan ini.
Soalan untuk kefahaman – apakah solidariti perlu dalam satu parti atau satu gabungan sahaja tanpa membenarkan suara-suara lain yang berbeza pandangan tetapi mungkin bersatu hasrat? Apakah solidariti hanya untuk tewaskan satu musuh atau lebih luas dari itu, melalui usaha-usaha mendekatkan perbezaan-perbezaan pandangan?
Kebebasan dalam bahasa yang paling jernih ingin kita nyatakan adalah jalan untuk masyarakat berpatisipasi (terlibat) dalam semua aspek yang melibatkan kepentingan bersama, baik politik, sosial, agama dan kebudayaan. Ini adalah asas ketamadunan semua bangsa termasuklah bangsa kita.
Soalan untuk kefahaman – apakah kebebasan yang telah dilaungkan oleh kerajaan sudah dipraktikkan dengan ikhlas dan berkesan? Apakah mungkin UMN)-BN terlalu takut kepada kebebasan sehingga terpaksa berselindung di sebalik undang-undang yang zalim? Jawapannya juga akan membawa kepada makna kebebasan yang lebih dalam untuk kita hayati.
Keadilan tentunya mempunyai persepsi dan kefahaman yang tersendiri tetapi matlamatnya satu sahaja, supaya tidak ada yang tertinggal, tertindas atau terpinggir. Ia merupakan antara konsep paling tua dalam sejarah kemanusiaan.
Maka, soalan untuk kefahaman – apakah nasib rakyat golongan bawah, tidak kira bangsa apa, yang terbanyak dan yang terpenting, sudah dibela nasibnya? Justru, keadilan apakah yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan BN ketika ini? Kesemua rantaian persoalan ini akan menjadikan konsep keadilan ini lebih objektif sifat. Maka mudah kita fahami dan laksanakan.
Keadilan bukanlah komoditi dan yang dimonopoli oleh satu pihak sahaja.
Ketiga-tiga elemen ini menjadi asas yang membentuk praktis konsep sosial demokrasi. Ia bukanlah satu konsep yang terlalu abstrak, eksklusif atau elitis untuk difahami dan dimanfaatkan oleh kita semua.
Bagi yang Muslim, jika digali dengan lebih mendalam tentang ketiga-tiga elemen ini, pasti akan bertemu dengan punca mata air yang jernih dan dingin, iaitu roh Islam. Kita telah diajar tentang konsep persaudaraan, kesamarataan, perkongsian dan keadilan. Justru, elemen-elemen ini tidak pernah lari dari konsep pertanggungjawaban terhadap kemuliaan insan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Dalam melaksanakan dasar-dasar ini, pastinya ia tidak mudah seperti menyebutnya. Realiti dan halangan sudah sememangnya telah dijanjikan bagi kita yang ingin melakukan islah. Hasad dengki, fitnah dan pengkhianatan ketika kita hendak melaksanakannya tidaklah akan menjerat niat dan cita-cita kita.
Bersih 2.0 barangkali hanyalah permulaan era baru bagi masyarakat untuk memahami makna demokrasi dengan lebih matang lagi. Banyak lagi usaha perlu dilakukan untuk mengembangkan demokrasi dan keadilan sosial sebagai amalan.
Kebencian dan hasad hanya akan menjadikan kita manusia yang kufur atas nikmatNya. – Roketkini.com

No comments
Post a Comment