Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani tercungap-cungap di Parlimen

Rakyat kawasan Kubang Pasu seharusnya menilai kembali sejauh mana kelayakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum untuk dipilih menjadi ahli Parlimen mereka kerana gagal menjelaskan beberapa persoalan yang dibangkitkan ahli Dewan.

Kegagalan ini membawa sehingga beliau ditegur oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.ketika menggulung perbahasan terhadap perkara berkaitan rang Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2010.

Beliau dilihat beberapa kali memberi alasan tidak memahami tulisan pegawainya yang membantu dalam menyediakan jawapan terhadap persoalan terbabit sehingga memberi cadangan untuk menjawab secara bertulis.

Abu Zahar turut mempersoalkan mengenai Seksyen 20 dan 21 dalam rang undang-undang itu yang disifatkan terdapat kekeliruan dalam menafsir susunan ayat dan meminta Mohd. Johari memberikan perhatian mengenai perkara terbabit.

"Rang undang-undang akan jadi undang-undang. Minta pegawai beri perhatian teliti dan bantuan untuk senang beliau (Mohd. Johari) beri jawapan. Itu tugas pegawai di kementerian.

"Kalau tak beri jawapan dan ahli berhormat tak setuju, tiada faedah kita bahas isu ini," tegas Abu Zahar. (lapur Utusan)

Kekalutan ini menunjukan Johari Bahrum tidak teliti atau tidak langsung membuat kerja rumah sebagai seorang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bikin malu orang kawasan Kubang Pasu dan orang Kedah. Jelas sekali Kedah ketandusan pemimpin.

http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/07/timbalan-menteri-pertanian-dan-asas.html

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.