Muhyiddin nafi Putrajaya beri pekerja Bangladesh kerakyatan, hak mengundi
Oleh Yow Hong Chieh
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dengan keras dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pekerja-pekerja Bangladesh status kerakyatan penuh bagi membolehkan mereka mengundi memihak perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.
“Ia tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber (maklumat) itu benar atau tidak, tetapi sangat jelas (ia) sesuatu yang tidak betul,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Makkal Sakti hari ini.
Katanya, kerajaan menguatkuaskaan prosedur yang ketat apabila mempertimbangkan status kewarganegaraan kepada rakyat asing dan oleh itu, tiada pertimbangan istimewa diberikan kepada rakyat Bangladesh.
Muhyiddin juga berkata BN tidak begitu terdesak untuk mendapatkan undi rakyat Bangladesh dalam pilihan raya umum akan datang.
“Meskipun mereka mengundi, apabila ia dimasukkan ke dalam peti undi, tidak siapa yang tahu siapa yang mereka akan mengundi,” kata Timbalan Pengerusi BN ini.
Sehubungan itu kata Muhyiddin, kerajaan akan mendapatkan penjelasan daripada Kedutaan Malaysia di Bangladesh berhubung isu terbaru ini.

No comments
Post a Comment