Penggunaan MyKid dikalangan pati

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Sewaktu saya balik ke sabah melalui klia dan mendarat disabah,saya dapati ada sebuah keluarga yg saya amat pasti memang warga asing melalui perbualan sewaktu dalam kapal terbang,dimana 3 dewasa dan 4 kanak-kanak.

Apa yang mencurigakan saya sewaktu melalui pemeriksaan mereka menggunakan pasport dan mykad (diragui kesahihannya),yg menghairan kan saya kesemua kanak kanak tersebut menggunakan mykid berserta surat kebenaran barangkali yg menyatakan kanak-kanak tersebut dalam jagaan mereka.tidakkah pihak yg berkuasa syak kerana dalam kad mykid hanya dinyatakan nama sahaja,bukannya gambar.

Oleh itu pada fikiran saya untuk menyeludup kanak-kanak begitu mudah untuk dilakukan,terutama melalui lapangan terbang,saya yakin jenayah memperdagangkan kanak-kanak telah lama menggunakan kaedah ini.apakah pihak yang berwajib tidak terfikir cara ini boleh dilakukan dengan mudah atau adanya unsur RASUAH dibahagian pemeriksaan di semua lapangan terbang di MALAYSIA ini?

By: awang tabas

No comments

Powered by Blogger.