Selepas Isu Cukai Prepaid, Kenaikan Cukai Kenderaan Pula Membebankan Rakyat Malaysia

Pekema persoal nilai baru kenderaan import terpakai

PERSATUAN Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport, sekali gus mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.

Yang Dipertuanya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan nilai kenderaan mendorong kenaikan cukai antara 12 peratus hingga 30 peratus dan bagi model kenderaan Toyota Wish misalnya, pembeli kini perlu membayar tambahan sebanyak RM7,000.

Beliau berkata, perintah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dikuatkuasakan pada 1 September lalu amat dikesali kerana peraturan itu dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema.

“Tindakan ini menyebabkan pemegang permit import (AP) tertekan dan kerugian kerana pembeli yang membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu.

“Industri automotif Bumiputera kini mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini dan berikutan itu, Pekema memohon kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan nilai baru ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, jika kerajaan bertegas mahu menguatkuasakan nilai baru itu, Pekema meminta kerajaan mengecualikan kenderaan yang sudah dibawa masuk sebelum 1 September lalu.

Pekema persoal kenaikan nilai kenderaan import terpakai


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport.

Ia kerana keputusan itu mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.

Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai antara 12 peratus hingga 30 peratus dan bagi Toyota Wish misalnya, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000.

Arahan Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu.

''Apa yang dikesali peraturan itu dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema,'' katanya di sini.

Tambahnya, tindakan kerajaan itu menyebabkan pemegang permit import (AP) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu.

Beliau berkata, ahli-ahli Pekema sudah pun dikenakan levi RM10,000 bagi setiap AP dan operasi pasukan petugas khas pada Jun lalu dan kini berdepan pula pelaksanaan perwartaan nilai kenderaan baharu.

Beliau berkata, industri automotif Bumiputera kini mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini.

''Sehubungan itu, Pekema memohon kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan nilai baru ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih.

''Kalau kerajaan bertegas mahu menguatkuasakan nilai baru ini, Pekema meminta ia mengecualikan kenderaan-kenderaan yang sudah dibawa masuk sebelum 1 September lalu,'' katanya.

Zainuddin berkata, Pekema juga telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon pertemuan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Pekema mahu memberi gambaran sebenar kepada Perdana Menteri mengenai situasi peniaga-peniaga Bumiputera dalam industri automotif negara.

Menurutnya, pewartaan nilai baru kenderaan import itu menimbulkan persoalan kerana jika tujuannya hendak menambah pendapatan negara, ia tidak akan tercapai kerana permintaan ketara merudum disebabkan kos tambahan itu.

''Kesan penurunan permintaan itu akan memberi kesan negatif kepada peniaga seperti kami dan juga industri hiliran seperti institusi kewangan dan pinjaman kerana kurang perniagaan berlangsung.

''Akhirnya industri automotif akan lumpuh,'' katanya.

Zainuddin berkata, jika kenaikan itu bertujuan mendorong jualan kenderaan nasional, ia juga tidak tepat kerana ia berlainan segmen sama sekali.

dalam kepala puak laknat umno, hari-hari dok fikir macam mana nak baham dan makan duit rakyat!

No comments

Powered by Blogger.