Serangan ke atas blogger UMNO- 2

Pendedahan yang dibuat oleh laman web pembangkang akhirnya menemukan kami di www.umno-reform2.com laman yang terbabit dalam menyiarkan serangan ke atas laman pro umno www.parpukari.blogspot.com . Kami akan menyiarkan link laman itu selepas mendapat maklumbalas mengenai impak ke atas kami sekiranya penyiaran dibuat. Laman yang bertanggungjawab itu juga menyebut nama-nama politikus UMNO yang terbabit dalam menaja laman web umno PARPUKARI yang amat terkenal dengan serangan ke atas Ketua Pemuda UMNO – Khairy Jamaluddin. Beberapa nama politikus itu didedahkan sebagai orang yang terlibat dalam menaja laman itu dan diberitakan penaja-penaja laman itu mempunyai motif lain khususnya untuk tujuan politik dalaman UMNO.

Laman itu sekiranya dilihat adalah laman baru khusus untuk membongkar khususnya mengenai blogger parpukari dengan gambar hiasan utama adalah gambar pengendali laman web di sebuah pub minum. www.umno-reform2.com sudah maklum bahawa gambar yang menuduh pengendali laman itu meminum arak telah disangkal oleh pengendali laman tersebut.

Apa sebenarnya tujuan laman itu dibentuk masih menjadi tanda tanya dan analisa terperinci mengenai tujuan ini akan dibuat dalam sedikit masa nanti. Pihak www.umno-reform2.com masih menanti sekiranya ada paparan terbaru laman tersebut. Apa yang menarik perhatian kami ialah nama – nama yang disiarkan oleh laman tersebut. Antara nama-nama yang ditulis oleh laman web tersebut adalah :

Dato Seri Raja Ahmad Zainuddi

Dato Seri Zambry Kadir
Dato Akmar Hisham Mokhles

Datuk Ainun Mohamad

(pihak kami tidak membuat sebarang tuduhan dan percaya laman web yang tidak mempunyai nama sebenar pengendali perlu letak elemen keraguan)

Laman itu juga menyebut bahawa, www.parpukari.blogspot.com – pengendalinya adalah ahli dalam satu kumpulan blogger besar. Dalam membuat tuduhan laman yang membongkar keratan bank pengendali laman parpukari juga menyebut – kalau RM 80,000 untuk “macai” bayangkan berapa untuk keseluruhan yang lain. Apa pun situasi ini boleh memberi impak yang negatif kepada blogger pro umno.

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1195&Itemid=58

No comments

Powered by Blogger.