Johor berhutang RM334.51 hingga Dis 2010

Muhammad Faizal

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah menjadi isu sebelum ini kerana kelewatan pengedarannya akhirnya telah diedar hari ini, selepas 17 hari Bajet 2010 dibentangkan Perdana Menteri.

Mengikut laporan yang telah disiarkan itu sehingga akhir bulan Disember 2010, Kerajaan Negeri Johor telah membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekaln air manakala satu pinjaman bagi projek Ladang Hutan Kompensatori Kedua.

Sehingga akhir tahun 2010, Kerajaan Negeri Johor telah berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan berjumlah RM334.51 juta.

Laporan itu juga menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati proses pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Aggrement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.

Mengikut maklum balas, Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan PAAB pada 8 Jun 2011 bagi membincangkan pengambilalihan pinjaman bekalan air Negeri Johor oleh PAAB.

Sebelum itu Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti kementerian atau jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenaan supaya laporan itu dibentangkan di parlimen.

Laporan audit boleh dilayari melalui http://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=458%3Alkan2010&catid=6%3Aberita-pengumuman&lang=ms

No comments

Powered by Blogger.