Gambar: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terbunuh

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/october2011/20/pic_gaddafi.jpg

TRIPOLI, 20 Okt – Bekas pemimpin Libya Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah negara itu selama 42 tahun, ditemui terbunuh di lokasi beliau bersembunyi di Sirte hari ini.

Dalam pada itu, seorang anak Muammar, Mo’tassim dibunuh oleh pejuang-pejuang dari Majlis Peralihan Nasional (NTC) manakala seorang lagi Saif al-Islam, yang cuba melepaskan diri dari bandar terbaru yang jatuh, Sirte telah dikepung, demikian menurut pegawai majlis itu hari ini.

“Mo’tassim dibunuh oleh pejuang-pejuang,” kata pegawai NTC Abdel Majid Mlegta kepada Reuters.

“Saif al-Islam cuba untuk meninggalkan Sirte dalam kovoi yang kecil. Tentera kami telah mengepung dia,” katanya.

Perdana Menteri NTC Mahmoud Jibril berkata pengerusi majlis itu akan mengisytiharkan negara itu telah bebas daripada penguasaan dan kepimpinan Muammar secara rasmi sama ada hari ini ataupun esok.

“Mustafa Abdel Jalil akan tampil hari ini atau selewat-lewatnya esok, untuk mengisytiharkan kebebasan negara (Libya) dan akan memberikan butiran khusus mengenai pembunuhan Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media hari ini.

Libya jatuh ke tangan pejuang anti-Muammar dua bulan lalu selepas kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini. - Reuters

No comments

Powered by Blogger.