Laporan Audit: Kelantan Dan Selangor Yang Hutang Paling Sikit Kena Tibai? Bodohnya Pekerja TV3!

Mana lebih besar beritanya aduhai TV3


Banyak diperkatakan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang baru diterbitkan semalam. Baru sebentar tadi berita TV3 mengambil “angle” menyerang kerajaan Selangor dan Kelantan yang dikatakan ditegur oleh laporan berkenaan atas beberapa sebab.

Selangor dan Kelantan lebih penting untuk diserang berbanding RM5.56 juta yang dibelanjakan oleh Institut Sukan Negara untuk membeli 23 ekor kuda tanpa “lampu hijau” kementerian kewangan. Lebih penting dari Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang telah terlebih bayar antara 177 hingga 2 805 peratus untuk pembelian peralatan bagi bot baru jabatan berkenaan. Lebih penting dari 41 peralatan yang dibeli oleh UITM berjumlah RM1 juta tetapi tidak langsung digunakan lebih setahun. Lebih penting dari RM142 juta yang dibelanjakan untuk satelit RazakSAT tetapi akhirnya terpaksa dihentikan setelah didapati ia lari sejauh 37km dari sasaran!

Tahniah TV3, anda benar-benar hebat!

Tetapi yang lebih menarik perhatian saya secara peribadi adalah laporan berkenaan “National Feedlot Corporation” satu usaha Kementerian Pertanian dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2008 (bawah Pak Lah) di Gemas, Negeri Sembilan kononnya untuk mempertingkatkan pengeluaran lembu daging tempatan dan mengurangkan impot daging.

Menurut laporan audit ini NFC gagal memenuhi sasarannya tahun lepas untuk menghasilkan 8,000 ekor lembu. Sedangkan di bawah Rancangan Malaysia ke 9 menjelang 2015 NFC sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor binatang ternakan berkenaan.

Menurut pemeriksaan audit yang dilakukan tahun lepas ladang berkenaan sekadar memiliki 3 289 ekor lembu.

Lebih malang lagi ada keluarga Menteri yang terlibat.

Dan bagi saya ini lebih hebat, aduhai TV3 kerana antara senarai penerima bintang kebesaran bergelar “Datuk” sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang adalah orang besar NFC ini. Dahlah lari dari sasaran, diberi gelaran kebesaran pula!

http://n32.blogspot.com/2011/10/mana-lebih-besar-beritanya-aduhai-tv3.html

No comments

Powered by Blogger.