Kaum Kuffar Inginkan Kesatuan, Di Manakah Kesatuan Umat Islam?
Putin mahu bentuk Kesatuan Eurasia
MOSCOW 4 Okt. - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berkata, pihaknya merancang untuk membentuk Kesatuan Eurasia yang akan dianggotai bekas negara-negara Kesatuan Soviet. Menurutnya, kesatuan baru itu akan diwujudkan berasaskan kepada Kesatuan Kastam yang sedia ada di antara Rusia, Belarus dan Kazakhstan.
''Kita tidak mahu terhenti di situ sahaja dan mahukan wujudnya tahap integrasi yang tinggi dalam Kesatuan Eurasia,'' katanya seperti dipetik dalam artikel yang ditulisnya di akhbar Izvestia, hari ini. Artikel tersebut dilihat sebagai gambaran awal inisiatif luarnya di sebalik persediaan beliau kembali ke Kremlin sebagai Presiden Rusia.
Inisiatif berkenaan muncul ketika Rusia menghampiri rundingan akhir untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang telah berlangsung selama 18 tahun. Putin yang pernah melabelkan kejatuhan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) pada Disember 1991 sebagai malapetaka berkata, inisiatif terbaru untuk membentuk Kesatuan Eurasia tidak akan menyemai Kesatuan Soviet. Katanya, kesatuan baru itu juga dilihat sebagai sebuah badan 'supranasional' yang mampu menyelaras ekonomi serta polisi mata wang di kalangan ahlinya.
''Saya melihat langkah untuk keluar daripada krisis global adalah menerusi integrasi antara blok seperti Kesatuan Eropah (EU), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). - REUTERS
Sumber : Utusan Online, 05/10/2011
Kaum Kuffar Inginkan Kesatuan, Di Manakah Kesatuan Umat Islam?
Perancangan oleh Putin untuk membentuk kesatuan bekas negara Soviet merupakan suatu yang lumrah. Ini kerana, Russian yang sebelum ini merupakan pecahan daripada kesatuan Sosialis Russia (USSR) pada suatu ketika dulu merupakan sebuah kuasa yang amat digeruni oleh blok Barat. Malah, kesatuan inilah yang mampu bersaing dengan blok Kapitalis yang diketuai oleh Amerika dan Britain setelah kejatuhan Khilafah Islam di Turki. Penyeruan untuk bersatu bukanlah suatu yang ganjil kerana kesatuan dari segi bernegara pastinya akan memberi impak yang amat besar kepada mana-mana pihak. Syaratnya, kesatuan ini haruslah disandarkan kepada sebuah ideologi dan bukannya berdasarkan manfaat materialisme semata- mata. Kesatuan dalam bentuk negara yang berideologi pastinya akan digeruni oleh sesiapapun. Ini kerana, kesatuan sebegini timbul daripada ideologi yang dianuti oleh negara, sekaligus menjadi panduan serta pegangan dalam mentadbir negara.
Bagi umat Islam pula, penyatuan dalam sebuah negara merupakan suatu kewajipan dan bukannya suatu yang pilihan. Sekiranya kita melihat kaum kuffar berlumba-lumba untuk bersatu dalam memenangkan idealogi yang mereka anuti, mengapakah sebahagian daripada kita umat Islam masih tidak peduli untuk ke arah yang sama? Malah adalah lebih buruk sekiranya ada yang melabelkan perjuangan untuk menyatukan umat Islam di bawah panji Khilafah adalah suatu dongengan dan khayalan semata-mata. Semoga umat Islam yang lain tidak akan tertipu dengan dakyah yang sangat merbahaya ini. Wallahu a’lam.
http://www.mykhilafah.com/

No comments
Post a Comment