Apa yang boleh Tsu Koon ‘korbankan’?

OLEH Ismail Dahlan

Pertaruhan agak tinggi bagi Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe apabila beliau berkeputusan untuk membuat pendirian bertentangan dengan Presiden parti itu, Koh Tsu Koon. Beliau lemah, katanya, dan menyeru Koh Tsu Koon untuk meletakkan jawatannya.

24 jam kemudian beliau menarik balik kata-katanya, mengisytiharkan ‘kesetiaannya’ kepada Koh, dan berjanji untuk mematuhi segala keputusan yang dibuatnya.

Kebanyakan penduduk Pulau Pinang boleh memberitahu Tan bahawa Koh memang lemah. Ken=banyakan penduduk Pulau Pinang telah menyuarakan pandangan mereka pada Mac 2008 bahawa mereka tidak mahu Koh lagi

Politik parti

Sememangnya, penarikan semula kata-kata Tan yang memalukan itu merupakan simptom politik parti di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional. Dalam kes ini, menurut sumber-sumber parti, kebanyakan kelompok Tan setuju bahawa Koh adalah pemimpin yang lemah, berbolak-balik dan suram.

Sudah pasti kepimpinan Koh tidak akan membantu Gerakan pada Pilihanraya Umum. Tetapi, mereka tidak mahu Tan menjadi wira dengan menjadi individu yang menyingkir Koh.

Jadi, beliau ditinggal sendirian tanpa bantuan dan dipaksa untuk mebuat kenyataan yang sangat hipokrit dengan menarik balik kata-katanya hari ni. Mana mungkin beliau bertukar fikiran secara begitu drastic dalam tempoh satu malam sahaja.

Pengunduran bermaruah

Satu lagi sumber mendakwa satu perjanjian telah dilakukan di mana Koh tidak akan bertanding dalam pilihanraya tetapi Tan Lian Hoe harus menarik balik kata-katanya untuk menjaga ‘perpaduan parti’ dan memberi laluan untuk Koh berundur dengan ‘maruah’. Kelihatan Koh memberi kesahihan dengan menawarkan untuk ‘mengorbankan’ dirinya untuk parti.

Tidak jelas apa sebenarnya yang dikorbankan oleh beliau, melihat kepada beliau telah hidup dengan hasil titik peluh rakyat Pulau Pinang selama berdekad-dekad; dan tanpa apa-apa kesan pun.

Bukanlah ianya akan membawa banyak perbezaan untuk Gerakan, satu parti yang menunggu kepupusannya pada Pilihanraya Umum akan datang. Sebab kenapa Gerakan, dan beberapa lagi parti komponen BN, seperti MIC dan SUPP, akan disingkarkan adalah kerana parti-parti ini tidak mencerminkan kehendak rakyat.

Silap besar lagi

Ada beberapa orang yang masih mengambil berat terhadap Gerakan dan mahu Koh keluar; tetapi politik parti mencegahnya. Rakyat India mahu Samy Velu berundur pada tahun 2008 tetapi politik parti MIC mengekalkan kuasanya dan MIC menanggung akibat daripada itu. MIC masih belum pulih daripada pukulan yang mereka tanggung pada tahun 2008. Dan Samy Velu masih memegang kuasa dalam MIC, beroperasi dari belakang tabir.

Jadi BN tetap melakukan kesilapan, terpotong daripada aspirasi rakyat, di mana mereka melihat coretan di dinding, tidak mampu berbuat apa-apa kerana politik parti dan peribadi. Kepada mereka yang sudah bosan membaca tentang entity-entiti yang tidak relevan sepert Gerakan, mereka boleh bertenang dengan hakikat yang mereka tidak perlu untuk berbuat begitu lagi selepas pilihanraya akan datang.

- Malaysia Chronicle

No comments

Powered by Blogger.