Skandal Projek Lembu: Bukti Seluruh Keluarga Menteri Terlibat
Sehingga kini Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai desakan KEADILAN agar beliau menjelaskan kegagalan projek ternakan lembu nasional setelah menelan peruntukan yang besar dan mendapat kurniaan tanah kerajaan yang luas.
Malah, syarikat tersebut kini memulangkan soalan untuk dijawab oleh Menteri Pertanian dan Agro-Industri, Dato’ Noh Omar seolah-olah mereka mencuci tangan.
Sementara kita menunggu siasatan dan penjelasan dari menteri yang diarahkan, rakyat Malaysia jangan ragu-ragu bahawa National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Perkara ini sebenarnya lebih besar dari persoalan lembu yang hilang atau kemewahan lembu-lembu ternakan yang dipelihara di ladang yang terlalu besar berbanding saiz ternakan.
Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh kerajaan dan semua menteri terlibat:
1) Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan diuruskan oleh seorang anak muda di awal 20an diberikan tanggungjawab besar mengendalikan projek berimpak tinggi di bawah RMK9?
2) Berapakah hasil dari kayu kayan yang ditebang untuk membuka ladang sedia ada di atas tanah seluas beribu ekar dan siapakah yang mendapat keuntungan dari urusniaga kayu kayan tersebut?
3) Apakah proses bidaan dan penilaian yang dibuat sebelum syarikat milik anak beranak menteri ini dilantik mengendalikan projek lembu terbesar ini.
Sementara kita menunggu jawapan, saya sertakan bukti bahawa syarikat NFC ini benar-benar dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil:

1 comment
Mengingatkan aku tentang modus operandi begini yg diamalkan menteri 2dan kroni2 di bumi kenyalang.Hai..senangnya dpt duit dr kerajaan! anak beranak lagi!Penyakit ini dah menular ke seberang! atau dr seberang ke sarawak! Lantak le ...
Post a Comment