MCA: Bantah konsert Elton John ceroboh hak bukan Islam
Pemuda MCA mendakwa Pemuda PAS mempolitikkan aktiviti sosial dan bakal menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.
Setiausaha agungnya, Chai Kim Sen mengulas desakan Pemuda PAS supaya konsert Elton John bulan depan diharamkan kerana mendakwa penyanyi homoseksual itu menggalakkan gaya hidup hedonisme.
"Pemuda PAS telah tidak henti-henti menimbulkan masalah, dan mereka seolah-olah mendiskriminasikan sektor hiburan, khususnya penghibur dari negara-negara Barat.
"Pemuda PAS juga banyak memberi alasan yang tidak masuk akal bagi membantah konsert," kata Chai dalam satu kenyataan media.
Beliau membidas PAS kerana cuba mencampurkan politik dengan agama dan pada masa yang sama menempelak DAP kerana mendiamkan diri tidak menegur rakannya itu.
"Dengan membantah terhadap konsert Elton John itu, mereka telah mencerobohi hak-hak ke atas orang bukan Islam.
"Rakyat perlu untuk melindungi diri mereka dan hak-hak orang bukan Islam mesti dipelihara bagi membantu negara bergerak ke hadapan di peringkat antarabangsa," kata Chai sambil mendakwa DAP tidak mampu berbuat apa-apa berhubung keputusan yang dibuat oleh PAS.
Selasa lalu, Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz menggesa kerajaan membatalkan konsert John yang dijadualkan di Genting Highlands pada 22 November ini kerana mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Penyanyi warga British itu secara terbuka pernah mengakui dirinya ‘gay’ dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.
PAS sering membuat bantahan berhubung konsert dengan mendakwa artis Barat menggalakkan seks secara rambang dan mencemarkan pemikiran anak-anak muda.
Bagaimanapun di sebalik ancaman bantahan itu, kebanyakan konsert diteruskan kerajaan persekutuan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini meskipun penganjur terpaksa mematuhi peraturan yang ketat, termasuk tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan dan bercium atau bercumbuan di atas pentas.

No comments
Post a Comment