Piala Malaysia: Usah jadikan harga tiket isu, titah Sultan Ahmad Shah

PEKAN, 27 Okt - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket sebaliknya datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi menyokong dan membantu pasukan masing-masing dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM.

"Kesian juga pasukan negeri-negeri telah belanja berjuta-juta untuk nak perbaiki pasukan masing-masing. Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini, dalam masa sama menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah di sini hari ini.

Kenaikan harga tiket itu telah menimbulkan bantahan penyokong dan beberapa pihak lain tetapi, menurut baginda, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad telah pun menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbelanjaan yang meningkat.

Dipetik Bernama Online, Sultan Ahmad Shah bertitah FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan.

Bagaimanapun, menurut baginda, FAM akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak selepas perlawanan itu bagi memastikan tidak wujud masalah pada masa depan.

"Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar," titah baginda.

Bagi membantu penyokong masing-masing, kerajaan negeri Terengganu memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan pula memberikan potongan RM20.

Ditanya mengenai penyokong yang menyalahkan FAM berhubung isu itu, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Jawatankuasa (Tiket dan Pertandingan Tempatan) dah putuskan, ia baik untuk kedua-dua pasukan."

Mengulas mengenai kejadian di Wisma FAM di Kelana Jaya yang dilempar cat dipercayai ada kaitan dengan isu kenaikan harga tiket itu, Sultan Ahmad Shah menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh.

"Biarkanlah, itu orang bodoh, kita tidak boleh ambil tindakan sendiri, kita ada undang-undang," titah baginda sambil menjelaskan bahawa kejadian itu telah dilaporkan kepada polis.


kahkahkahkahkahkahkah

2 comments

LeeMalay said...

Memang la org vvip nie ckp camtu.. Sbb dia orang tak bayar harga tiket tu. Kita yg byr semua kos dan elaun.
Dahlah harga tiket grand stand pun sama. Patutnya charge 2 kali ganda

LeeMalay said...

Memanglah dia org tak byr. Grand stand pun harga sama.
Org kaya dpt diskaun

Powered by Blogger.